Mumbai: Seorang suami terpaksa merayu kepada hakim supaya meluluskan
permohonannya untuk bercerai dengan isteri gara-gara tidak terdaya
memuaskan kehendak batin wanita terbabit.
Lelaki itu memberitahu mahkamah di Mumbai isterinya sering ‘membulinya’
untuk mengadakan hubungan seks secara berterusan sejak mereka berkahwin
pada April 2012.
Menurut laporan media semalam, lelaki
berkenaan mendakwa isterinya turut memaksa dia melakukan pelbagai cara
untuk memuaskan dirinya, termasuk aksi luar tabii.
“Apabila
saya cuba menolak permintaan melampau berkenaan, dia mula mendera
sehingga akhirnya saya terpaksa akur permintaan itu,” kata lelaki
terbabit.
Dalam keterangannya, lelaki terbabit mendakwa sikap melampau isterinya kian menjadi-jadi sejak dia mengalah.
Pada ketika tertentu, kata lelaki itu, isterinya membeli ubat tenaga batin dan memaksanya mengambil bahan berkenaan.
“Dia juga memaksa saya meminum arak untuk menambah nafsu,” katanya.
Lelaki
itu memberitahu mahkamah, dia mengalami tekanan kerana suasana di rumah
tidak sedikit pun membantunya selepas kepenatan bekerja.
Katanya, dia bekerja secara syif.
Untuk
menguatkan tuntutannya, lelaki terbabit mendedahkan pada 2012 dia
mengalami masalah kesihatan dan terpaksa mendapatkan rawatan di
hospital.
Isterinya pula enggan menemani, sebaliknya pulang ke rumah kakaknya.
Dua
minggu kemudian apabila si suami pulih sedikit, isterinya pulang dengan
kemahuan sama dan enggan mengambil kira keadaan kesihatannya.
“Kini saya uzur terus dan tidak boleh berehat,” katanya ketika ditemui.
Kesabaran lelaki itu berakhir ekoran insiden pada Oktober tahun lalu.
Selepas
menjalani pembedahan membuang apendiks nasibnya tidak berubah dan
terpaksa berdepan dengan tuntutan melampau si isteri.- Agensi [ credit
myMetro dan gambar diatas hanya hiasan semata ]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan