KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali
menafikan berita yang tersebar di media sosial pada Khamis mengenai
'bantuan' yang kononnya disalurkan kerajaan negeri bagi menangani
kenaikan harga minyak.
Jelasnya di laman Twitter, berita itu adalah tidak benar sama sekali.
Semenjak tengah malam Rabu, beberapa laman blog melaporkan kenyataan bergambar Azmin yang menyatakan harga minyak di negeri itu tidak akan naik.
Azmin turut dilaporkan oleh blog berkenaan bahawa kononnya kerajaan negeri memperuntukkan RM1 bilion bagi menampung pengurangan subsidi sebanyak 20 sen oleh Kerajaan Pusat sehingga harga minyak kembali stabil.
Laporan itu menambah bahawa langkah itu merupakan tanda kerajaan negeri di bawah kepimpinan menteri besar baharu amat memahami dan prihatin terhadap beban yang ditanggung oleh rakyat menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan