Home » » Hutang isi rumah antara tertinggi di dunia – Anwar

Hutang isi rumah antara tertinggi di dunia – Anwar

Written By canang on Selasa, 14 Oktober 2014 | 10/14/2014 10:38:00 PTG

KUALA LUMPUR 13 OKT: Jumlah hutang isi rumah Malaysia mencecah 86.6 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), berbanding 81 peratus pada tahun 2012, kata Ahli Parlimen Permatang pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Jelasnya, laporan awal Penyiasatan Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah (HIES) 2014 ke atas 42,000 isi rumah menunjukkan 50 peratus pewarta berpendapatan kurang daripada RM4,258 sebulan.
Manakala masih terdapat 28.7 peratus daripada rakyat negara ini yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan.
“Angka terkini nisbah hutang isi rumah keluarga Malaysia kepada pendapatan lebihan (disposable income) adalah pada kadar 140 peratus, antara yang tertinggi di dunia.
“Purata kenaikan gaji tahunan semenjak 2010 hingga 2013 hanyalah pada kadar 4 peratus setahun, manakala kos pengangkutan dan makanan (menurut sub-indeks CPI) masing-masing mencatatkan kenaikan yang berterusan pada kadar 5.4 peratus dan 3.6 peratus setahun.
“Harga rumah kediaman pula naik pada kadar purata 8 peratus hingga 10 peratus setahun. Ini meningkatnya hutang isi rumah negara kita,” katanya di parlimen hari ini.
Dalam pada itu, Anwar  berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini menyebut tentang pentingnya negara memiliki pasaran saham yang rancak.
“Soalnya siapa yang untung, kerana realitinya lebih 53 peratus rakyat Malaysia tidak mempunyai sebarang aset kewangan dan lebih 70 peratus daripada golongan ini adalah Bumiputera.
“Golongan 10 peratus terkaya dilaporkan memiliki 77 peratus aset kewangan negara pada tahap 14,211 peratus, lebih tinggi daripada purata rakyat. Manakala 80 peratus rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah hanya memiliki 5.5 peratus daripada aset kewangan,” ujarnya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=63319
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger