Dunia
dikejutkan dengan virus Ebola iaitu sejenis penyakit demam berdarah.
Penyakit epedemik yang masih tiada sebarang vaksin dan penawar boleh
membawa maut, kini menular di beberapa buah negara luar khususnya negara
Afrika.
Baru-baru ini Negara Malaysia telah
dikejutkan dengan berita seorang penuntut warga negara Nigeria berusia
24 tahun, dikuarantin di Hospital Umum Sarawak (HUS) selepas menunjukan
tanda-tanda awal jangkitan Ebola.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengesa Kementerian Kesihatan menjelaskan situasi wabak berkenaan dari semasa ke semasa bagi memastikan masyarakat sekeliling tidak panik.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengesa Kementerian Kesihatan menjelaskan situasi wabak berkenaan dari semasa ke semasa bagi memastikan masyarakat sekeliling tidak panik.
Dalam masa yang sama, Kerajaan negeri
P.Pinang melalui Penang Tourism sedang dalam persiapan akhir
menganjurkan satu acara larian tahunan antarabangsa iaitu Penang Bridge
International Marathon 2014 yang akan berlangsung pada 16 November 2014.
Acara marathon seperti ini amat mendapat perhatian dari warga afrika,
termasuklah dari negara yang terbabit dengan wabak ebola.
Sehubungan itu SAMM menyarankan supaya Kementerian Kesihatan memperketatkan pengesanan dan kawalan pintu masuk antarabangsa untuk setiap peserta acara tersebut. Meletakkan mesin pengimbas suhu badan di pintu sempadan semata-mata adalah tidak mencukupi. Sebaliknya, pihak berwajib harus mengenakan saringan berkuarantin khususnya terhadap pelawat dan pelancong dari negara yang terkesan wabak ebola.

SAMM
memandang serius terhadap tahap kesihatan peserta-peserta acara larian
tahunan Penang Bridge International Marathon 2014 dan turut mengharap
agensi-agensi Kerajaan Negeri Pulau Pinang dapat berkerjasama dengan
Kementerian Kesihatan untuk memasti tahap kesihatan peserta acara
tersebut terjamin.
Penularan wabak ebola ke atas negara ini harus disekat secara serius, langkah pencegahan yang efektif amatlah dialu-alukan.
Sekian,
Mohd Faizal AB Rahman
Penyelaras Kebangsaan
Sekian,
Mohd Faizal AB Rahman
Penyelaras Kebangsaan
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan