Adoiii......dah sampai macam ni kegiatan anak-anak gadis kita yang bergelar siswi? Astaghfirullah al azim....
Mereka
menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT), malangnya akhlak
masing-masing amat rendah apabila aktif mengamalkan seks bebas, malah
bergabung mewujudkan seolah-olah satu kelab bagi merancang kegiatan.
Tanpa
mempedulikan dosa dan masa depan, kumpulan siswi berusia 19 hingga 21
tahun itu tidak mahu melihat ada ahli kumpulan mereka yang masih dara.
Malah,
sesiapa yang masih dara dipecat ‘keahliannya’ atau tidak layak menyertai
kelab itu dan dianggap sebagai kolot atau kekampungan.
Akibatnya,
seorang daripada siswi yang pernah menjadi ahli ‘kelab tiada dara’ itu
kini menanggung derita kerana disahkan doktor dijangkiti virus HIV
berikutan terbabit kegiatan seks bebas.
Tidak
kisah la agama mana sekalipun, rasanya masing-masing melarang pergaulan
dan amalan seks bebas sebegini. Kepada ibu bapa, pantau dan awasilah
pergerakan anak-anak sebelum nasi menjadi bubur. - Hambali Abdullah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan