KUALA LUMPUR – Aktivis
sosial, Datuk Paduka Marina Mahathir menentang usaha melaksanakan hukum
Hudud di Kelantan kerana tidak sesuai dengan masyarakat berbilang agama.
Menurutnya, beliau berharap hukum tersebut tidak dilaksanakan kerana,
“Walaupun hukum Hudud hanya untuk warga
muslim, tetapi kita hidup di dalam suasana masyarakat yang
bercampur-campur, jadi kelak semua orang akan terlibat.”
Beliau yang juga merupakan anak bekas
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turut menyatakan, mengikut apa
yang diketahuinya, Perlembagaan Malaysia tidak membenarkan hukum Hudud
ini dilaksanakan.
Bahkan, Marina mendakwa, sekarang bukannya masa untuk Malaysia melaksanakan undang-undang seperti itu.
“Mengikut perlembagaan, setahu saya
memang tidak boleh, saya harap ini bukan masanya untuk undang-undang
Hudud macam ni,” ujarnya lagi.
Marina mendakwa, beliau tidak sampai
hati untuk melihat penganut agama Islam dikenakan hukum Hudud jika ia
dilaksanakan kelak selain menyatakan dengan perlaksanaan hukum Hudud itu
akan memecah-belahkan masyarakat.
Dalam pada masa yang sama, Marina turut
tidak menolak bahawa perlaksaan hukum Hudud ini mempunyai kaitan dengan
politik yang dimainkan oleh PAS.
“PAS sudah membuat janji pada masa dahulu. Sekiranya tidak dilaksanakan, nanti orang kata PAS tidak ikut janji.
“PAS sudah membuat janji pada masa dahulu. Sekiranya tidak dilaksanakan, nanti orang kata PAS tidak ikut janji.
“Tetapi, PAS kena berjanji benda yang
betul-betul, yang membawa kebaikan kepada masyarakat pada amnya dan
bukannya pada satu-satu kumpulan sahaja,” katanya semasa ditemui media
di Institut Pengurusan Wanita.
Kenyataan Kelantan sebelum ini Menteri
Besarnya, Datuk Ahmad Yakob menyatakan, akan mengadakan sidang Dewan
Undangan Negeri (DUN) Khas pada 29 Disember.
Ia bagi mengemukakan pindaan terhadap
Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Kelantan (EKJS II)
berkaitan hukum Hudud.
Jelasnya lagi, pindaan tersebut perlu
dibuat untuk melayakkan Kelantan membawa usul rang undang-undang
persendirian EKJS II ke sidang Dewan Rakyat di Parlimen dan seterusnya
melaksanakan hukum Hudud di negeri itu.
-Kuala Lumpur Post
Tiada ulasan:
Catat Ulasan