Kompas.com pada pagi tadi melaporkan sebuah pesawat jatuh di perairan Pulau Belitung Timur, Sumatera.
Dikatakan salah seorang penduduk di kawasan berkenaan memberikan
maklumat berkenaan kejadian itu dan kemudiannya menghubungi
bangkapos.com.
Penduduk tersebut dikenali sebagai Pak Danlanud mendakwa sebuah pesawat jenis Air bus terjatuh di sekitar perairan Beltim.
Bagaimanapun masih tidak dapat dipastikan di mana lokasi sebenar pesawat yang dikatakan itu terjatuh.
Sementara itu CNN Indonesia pula melaporkan lokasi terakhir pesawat Air
Asia dari bandar Indonesia di Surabaya ke Singapura yang dikatakan
terputus hubungan dengan kawalan trafik udara pagi tadi dikesan berada
di sekitar Pulau Belitung, Sumatera.
Pesawat berkenaan dilaporkan terputus kawalan dengan pusat kawalan trafik udara Jakarta pada jam 7.24 pagi tadi.
Setakat ini dilaporkan seramai 162 orang berada di dalam pesawat
berkenaan, dengan 155 adalah penumpang dan tujuh krew. Seorang
warganegara Malaysia dilaporkan antara penumpang pesawat berkenaan.
Manakala selebihnya terdiri daripada seorang warga Singapura, seorang
warga British, tiga warga Korea Selatan (termasuk bayi) dan 149 warga
Indonesia.
Penerbangan QZ8501 itu menggunakan pesawat Airbus 320 dengan nombor pendaftaran PK-AXC.
Pesawat itu berlepas dari Surabaya pada jam 5.20 pagi dan sepatutnya tiba di Singapura pada jam 8.30 pagi waktu tempatan.
Dikatakan pesawat Air Asia Indonesia itu memohon laluan luar biasa kerana dikatakan terpaksa menempuh cuaca buruk dan ribut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan