Home » » Solidariti Buat Sheikh Yusuf Al-Qaradawi-ANWAR IBRAHIM

Solidariti Buat Sheikh Yusuf Al-Qaradawi-ANWAR IBRAHIM

Written By canang on Isnin, 22 Disember 2014 | 12/22/2014 08:42:00 PTG

Solidariti Buat Sheikh Yusuf Al-Qaradawi
Malam tadi saya sempat menelefon Sheikh Yusuf Al-Qaradawi untuk mendapatkan maklumat terkini bersabit tindakan Interpol.
Dunia Islam Antarabangsa nyata sekali terkejut dengan tindakan Interpol yang mengeluarkan waran tangkap ke atas beliau, atas justifikasi perkaitan beliau dengan ativisme Ikhwanul Muslimin di Mesir.
Alhamdulillah, Sheikh Yusuf tetap bersemangat dan sekelumitpun tidak tergugat dengan intimidasi ini. Di samping beliau terharu dengan keprihatinan dan solidariti masyarakat Islam antarabangsa, beliau sempat meminta saya menyampaikan salam beliau buat sekalian rakyat Malaysia dan menghargai sokongan yang diberikan.
Saya merakamkan perasaan dukacita dan kekesalan terhadap kezaliman Jeneral Abdel Fattah al-Sisi di Mesir atas tindakan ini ke atas seorang ulama’ muktabar yang disanjung dunia Islam seluruhnya.
Justeru saya menggesa Interpol menarik balik notis merah yang telah dikeluarkan ke atas Sheikh Yusuf kerana jelas sekali tindakan tersebut tidak berasas dan hanya memperlihatkan Interpol diperalat oleh diktator yang zalim.
Dalam masa yang sama, mewakili Pakatan Rakyat saya turut menggesa pertimbangan serius Perdana Menteri Dato’ Sri Najib serta Kerajaan Malaysia amnya untuk mengambil satu pendirian serta ketetapan yang tegas untuk membantah tindakan tersebut.
Jelas, tindakan ini keterlaluan malah secara sentimental turut mengesani Malaysia yang dahulunya telah menobatkan Sheikh Yusuf sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Antarabanga pada tahun 2009 serta anugerah Ijazah Kehormat Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada tahun 1996.
Sumbangan beliau dalam dunia Islam tiada taranya, maka sewajarnya Malaysia selaku model negara Islam mendepani inisiatif mengasak Interpol agar bersikap profesional ke atas Sheikh Yusuf Al-Qaradawi ketimbang menjadi alat sang penguasa desperado.
ANWAR IBRAHIM
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger