Home » » Enjin tiba-tiba mati, pesawat AirAsia ke Bandung cetuskan panik

Enjin tiba-tiba mati, pesawat AirAsia ke Bandung cetuskan panik

Written By canang on Ahad, 4 Januari 2015 | 1/04/2015 11:35:00 PTG

KUALA LUMPUR: AirAsia Indonesia sekali lagi dilanda masalah apabila enjin salah sebuah pesawatnya bagi laluan Surabaya-Bandung tiba-tiba mati di landasan ketika hendak berlepas.

Menurut laporan Metrotvnews.com, pesawat yang membawa 120 penumpang itu mengalami masalah tersebut sewaktu hendak berlepas dari Lapangan Terbang Bandara Juanda.

Kejadian itu mencetuskan suasana panik kepada penumpang yang telah bersiap sedia berada di tempat duduk masing-masing.

Menurut seorang penumpang, Yusuf Fitriadi, terdapat bunyi yang kuat pada enjin pesawat sebelum ia tiba-tiba mati, dan pesawat mula berundur sendiri.

"Kami terkejut dan panik. Saya pun turut ketakutan. Pesawat tersebut akhirnya berundur ke posisi asal semasa kami menaikinya dan kru kabin meminta kami turun pada saat itu juga," katanya kepada Metrotvnews.com.

Pesawat itu dijadualkan bertolak jam 9.00 malam, namun mengalami masalah enjin yang dikatakan berpunca daripada monitor starter.

Juruteknik pesawat bagaimanapun berjaya memperbaiki kerosakan tersebut.

Meskipun telah dibaiki, hampir kesemua penumpang mengambil keputusan untuk tidak meneruskan perjalanan kerana bimbang akan mengalami masalah sama di udara.

Susulan itu, AirAsia telah mengembalikan wang kepada penumpang yang tidak meneruskan perjalanan dengan pesawat tersebut.sumber

Dalam kejadian pada 28 Disember lalu, pesawat Airbus A320-200 milik AirAsia Indonesia dilaporkan hilang sebelum disahkan terhempas dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura.

Operasi mencari dan menyelamat kini sedang giat dijalankan selain usaha menjejaki bangkai pesawat serta alat perakam data penerbangan bagi mengenal pasti punca kemalangan.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger