KUALA LUMPUR: Pengguna Facebook dinasihati agar tidak membuat klik pada
pautan video bertajuk 'Gadis Mabuk Setelah Pesta' atau 'Aksi Lucu Gadis
Mabuk Teruk' yang tersebar di laman sosial itu.
Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), pautan
berkenaan cuba untuk menarik pembaca dengan memaparkan visual berunsur
lucah.
"Apabila anda klik pautan itu, anda akan diminta memasang satu perisian
berbentuk 'plugin' yang sebenarnya adalah sejenis malware (virus),"
menurut kenyataan yang dimuat naik di Facebook suruhanjaya itu.
SKMM meminta pengguna yang menjumpai kandungan sedemikian membuat
laporan penyalahgunaan secara terus kepada Facebook di ruangan 'Report
This Post - It's spam' di bahagian kanan (atas) kandungan berkenaan.
"Jika akaun (Facebook) anda telah dijangkiti malware, sila tukar kata
laluan secepat mungkin dan sampaikan peringatan ini kepada rakan-rakan
anda," menurut kenyataan itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan