Home » » Mahkamah diberitahu sijil nikah Awie dan isteri palsu

Mahkamah diberitahu sijil nikah Awie dan isteri palsu

Written By canang on Rabu, 7 Januari 2015 | 1/07/2015 07:13:00 PTG

KUALA LUMPUR: Bekas pegawai dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) Yusoff Abu Bakar memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah di sini bahawa sijil nikah penyanyi Awie dan isterinya, Rozana Misbun adalah palsu.

Ketika ditanya peguam Jamal Lokman Mohd Sulaiman yang mewakili isteri penyanyi itu, Yusoff bersetuju dengan soalan yang dicadangkan peguam itu.

Katanya, pada 4 Julai lalu, carian data mengenai kesahihan itu dibuat dengan menggunakan sistem aplikasi Nikah, Cerai dan Rujuk atas talian iaitu E-Munakahat Pulau Pinang melalui nombor kad pengenalan dan nama Rozana.

"Carian kali ketiga turut dibuat pada 8 Julai tetapi berdasarkan nombor sijil nikah yang dimohon suami pemohon (Rozana) iaitu Ahmad Azhar Othman, nama sebenar Awie.

"Dan hasilnya, hanya nombor siri tersebut wujud tetapi atas nama individu lain," katanya yang merupakan individu yang mempunyai pengetahuan secara langsung terhadap pengeluaran surat perakuan sijil nikah yang didakwa palsu oleh Rozana.

Yusoff, 51, bekas Ketua Penolong Pengarah Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam, dan kini bertugas sebagai Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelarasan Undang-Undang di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Beliau diarahkan hadir ke mahkamah hari ini bagi memberi keterangan berhubung sijil nikah penyanyi itu yang diragui kesahihan oleh Rozana.

Hakim Syarie Mohd Amran Mat Zain menetapkan 13 Jan ini keputusan sama ada sijil nikah pasangan itu palsu atau tidak.

Dalam prosiding itu, Rozana, 37, hadir manakala Awie, 47, diwakili peguam Mohd Hafizal Parcho.

Pada awal Dis tahun lepas, Rozana, membuat laporan polis dan mendakwa sijil nikah mereka yang dikeluarkan Pejabat Agama Daerah Bukit Mertajam sembilan tahun lepas adalah palsu.

Penyanyi rock terkenal Kumpulan Wings itu bernikah dengan Rozana di Songkhla, Thailand pada 20 Jun 2005 dan dikurniakan tiga anak - dua lelaki dan seorang perempuan.

Pada 4 Julai tahun lepas, Awie dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang di sini atas pertuduhan sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas Rozana di sebuah rumah di Taman Ukay Bistari, Hulu Klang pada 1.30 tengah hari, 2 Jun tahun lepas
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger