Taki Takazawa, jika
dilihat dari namanya sudah dapat diketahui bahawa dia adalah orang
Jepun. Dengan ciri-ciri rambut panjang dan tubuh penuh dengan tato,
membuatkannya kelihatan seperti ahli geng mafia Jepun, Yakuza. Dia
adalah bekas tukang tato untuk anggota geng yang paling ditakuti di
Jepun itu. Kerja sebagai 'tukang tato' itu telah dilakukannya selama 20
tahun.
Tapi pandangan negatif
pada penampilan fizikalnya itu berubah apabila dia mengumandangkan Azan.
Takazawa kini menjadi Imam di sebuah masjid di Ibu kota Tokyo. Setelah
mengucapkan dua kalimat Syahadat, Takazawa menggunakan nama muslim
Abdullah, yang bermaksud hamba Allah SWT.
Dia menhenali Islam
secara tidak sengaja di wilayah Shibuya. Takazawa melihat seseorang
dengan kulit dan janggut putih. Orang itu juga mengenakan baju dan
serban warna putih. "Orang itu memberikan sebuah kertas dan menyuruh
saya membaca kalimat tertera bersama dia," ujarnya seperti dilaporkan
oleh laman web islamicmovement.org.
Dari Yakuza jadi Imam masjid |
Kalimat itu adalah
Syahadat, pengakuan pada ke-esaan Allah SWT dan Muhammad SAW sebagai
utusannya. Meskipun tidak faham secara keseluruhan, Takazawa pernah
mendengar sepintas Allah dan Muhammad. Seperti kebanyakan penduduk
Jepun, sebelum memeluk Islam Takazawa menganut aliran kepercayaan
Shinto.
Pertemuan dengan orang
berserba putih itu masih di ingatan Takazawa. Dua tahun selepas memeluk
Islam, dia bertemu lagi dengan seorang yang menjadi inspirasinya itu.
"Dia pernah menjadi Imam di Masjid Nabawi, Kota Madinah, Arab Saudi.
Saya bersyukur dapat bertemu dengannya, "katanya.
Imam Masjid Nabawi itu
meminta Takazawa untuk menjadi Imam di masjid di kawasan Shinjuku. Dia
telah melaksanakan ibadah haji dan menimba ilmu beberapa bulan di Kota
Mekah. Nama Takazawa menjadi terkenal dan dia menjadi seorang di antara
lima imam Masjid besar di Jepun.
Diterjemahkan dari sumber islampos
Tiada ulasan:
Catat Ulasan