Home » » Polisi baharu Facebook menyalahi undang-undang?

Polisi baharu Facebook menyalahi undang-undang?

Written By canang on Jumaat, 27 Februari 2015 | 2/27/2015 06:39:00 PTG

EROPAH. Sekali lagi Facebook berdepan kontroversi apabila polisi peribadi baharu platform sosial itu didakwa melanggar undang-undang Eropah.

Kebanyakan pengguna laman sosial ini mungkin tidak menyedari pelaksanaan polisi tersebut yang dikatakan berkuasa kuasa sejak 30 Januari lalu.

Laporan yang dikeluarkan daripada pemerhati Eropah baru-baru ini mendedahkan kebanyakan dasar dan istilah baharu yang digunakan menerusi laman sosial itu didapati membebankan penggunanya.

Ia juga menyukarkan pengguna untuk mengubah tetapan privasi pada akaun Facebook masing-masing, sekali gus melanggar undang-undang Eropah.

Dalam pada itu, penyelidik Universiti Leuven berkata,kebanyakan dasar dan istilah "baharu" Facebook adalah hanya kaedah lama yang dibuat lebih jelas.

“Analisis kami menunjukkan, Facebook bertindak melanggar undang-undang Eropah.

“Facebook memberikan beban yang terlalu banyak pada penggunanya. Pengguna dijangka mengemudi tetapan kompleks Facebook termasuk privasi, aplikasi, penambahan kenalan, follower dan lain-lain menerusi carian opt-out,” katanya seperti yang dipetik menerusi portal BBC.

Selain dari itu, platform sosial itu juga didakwa tidak mendedahkan maklumat terperinci dalam kaedah pengumpulan data peribadi setiap pengguna akaun Facebook; yang didakwa digunakan bagi membantu pengiklan menyasarkan iklan ke akaun penggunanya.

Laporan tersebut dikeluarkan oleh pemerhati dari Belgium selepas Facebook mengemaskini dasar privasinya tanpa pengetahuan umum di akhir Januari lepas.

Sementara itu, maklum balas dari Facebook pula diterima dengan mengatakan bahawa: “Pihak kami yakin bahawa kemas kini yang dilakukan mematuhi semua undang-undang yang ada."
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger