KOTA BHARU - Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun menempuh
saat tragis dalam hidupnya apabila dirogol seorang lelaki tidak dikenali
ketika keluar membeli ais di kedai tidak jauh dari rumah, di Kampung
Pauh 2, Banggu, di sini.
Kejadian Selasa lalu itu disedari pengadu iaitu sepupu mangsa yang
berusia 22 tahun ketika dia berada di rumah dan mangsa pulang dalam
keadaan menangis serta mengadu kesakitan, pada jam 1.30 petang.
Pengadu melihat terdapat kesan darah pada kain mangsa dan ibu saudara
pengadu kemudian membuka kain yang dipakai kanak-kanak itu sebelum
melihat kemaluannya berdarah.
Apabila ditanyakan kepada sepupunya itu, mangsa memberitahu, semasa dia
pergi ke kedai untuk membeli ais, tiba-tiba datang seorang lelaki
mengajaknya pulang dan dia menaiki motosikal bersama lelaki tersebut.
Suspek kemudian membawa dia ke dalam hutan dan merogolnya.
Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa ketika dihubungi
mengesahkan menerima laporan dan meminta bantuan daripada masyarakat
setempat untuk menyalurkan maklumat dalam usaha mengesan suspek.
“Kami amat-amat memerlukan bantuan orang awam kerana suspek masih bebas dan usaha mengesannya sedang giat dijalankan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan