KUANTAN:
Badan Nadwah Islamiyah Pahang sedar akan kekurangan tempat untuk
mengerjakan solat, terutama di kawasan tumpuan umum seperti pasar malam
dan stadium.
Oleh itu, badan bukan kerajaan (NGO) itu tampil dengan idea membuat perkhidmatan surau bergerak atau dinamakan Mobil Mussollah.
Perkhidmatan
yang pertama seumpamanya di Malaysia itu adalah cetusan ilham bersama
badan berkenaan dengan badan korporat Telaga Biru Sdn Bhd dan Takaful
Ikhlas Sdn Bhd.
Timbalan Presiden Badan Nadwah
Islamiyah Pahang Datuk Halidan Md Daud berkata, ilham bagi mewujudkan
mobil itu timbul sejak tahun lepas, bagi menyediakan kemudahan untuk
umat Islam bersolat terutama apabila ada perlawanan bola sepak.
"Selepas
kami bercambah fikiran, kami membeli dan mengubah suai sebuah lori tiga
tan selain peralatan lain dengan keseluruhan kos RM200,000.
"Setiap
kali apabila ingin digunakan, kanvas khas dari lori itu akan dibuka
berfungsi menjadi bumbung dan permaidani, akan dihampar untuk pelapik
orang Islam mengerjakan solat, " kata Datuk Halidan.
Pelancaran
tersebut disempurnakan oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan
Datuk Zulkifli Yaacob. Turut hadir Pengarah Urusan Telaga Biru Dr
Zahazan Mohamed dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas Pahang Abdul
Latiff Abu Bakar.
Untuk wanita pula, satu ruang solat khas disediakan dengan penghadang khas untuk keselesaan bersolat.
Buat
permulaan, khidmat Mobil Musollah itu akan ditempatkan di beberapa
pasar malam yang terpilih selain pekarangan Stadium Darul Makmur.
Selepas
itu, tambahan Mobil Musollah itu akan dikaji semula selepas mendapat
maklum balas serta permintaan dalam tempoh sebulan dua ini.
Sementara
itu, Datuk Zulkifli berkata perkhidmatan percuma menggunakan sebuah
lori tiga tan itu adalah sebagai alternatif memudahkan umat Islam
menunaikan solat pada waktu keramaian, seperti semasa pertandingan bola
sepak dan aktiviti pasar malam.
"Bagaimanapun, beberapa tempat masih dalam perbincangan, terutama di kawasan tumpuan ramai seperti Teluk Chempedak.
"Saya
berharap perkhidmatan ini mendapat sambutan yang baik daripada
masyarakat dan semoga lebih banyak syarikat korporat membantu, terutama
dari segi kewangan dalam usaha menambah bilangan Mobil Musollah,"
katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan