Gambar Hiasan
Gara-gara cepat terpedaya dengan kata-kata manis seorang lelaki yang
dikenali melalui WeChat, seorang remaja menjadi mangsa rogol
beramai-ramai termasuk �teman lelakinya� dan tiga lagi lelaki tidak
dikenali.
Kejadian berlaku di sebuah rumah di Kampung Gong Pauh, Chukai, Kemaman, awal Julai lalu.
Mangsa yang juga pelajar tingkatan dua itu dikatakan baru berkenalan
dengan suspek yang berusia 22 tahun, bagaimanapun bertindak berani
mengambil keputusan mengatur pertemuan kali pertama bersama teman
lelakinya itu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner Wan Abd
Aziz Wan Hamzah berkata, dalam pertemuan pertama itu, mangsa dikatakan
telah keluar bersama teman lelakinya kira-kira jam 3.30 petang menaiki
motosikal, kononnya untuk bersiar-siar di bandar berhampiran.
�Suspek dikatakan pada awalnya berjanji hendak mengajak mangsa hanya
untuk bersiar-siar di kawasan bandar berhampiran, tetapi suspek telah
membawa mangsa ke sebuah rumah di Kampung Gong Pauh, Chukai, Kemaman.
�Sebaik tiba di rumah berkenaan, terdapat tiga lelaki lain yang sedia
menunggu di dalam rumah sebelum mangsa dibawa masuk ke dalam bilik,�
katanya ketika ditemui di pejabatnya, semalam.
Menurut Wan Abd Aziz, beberapa minit kemudian, suspek turut masuk ke
dalam bilik sama dan mula menunjukkan belang apabila cuba merapati
mangsa tetapi mangsa yang tidak suka akan tindakan suspek cuba menepis
tangannya.
�Mangsa merayu meminta suspek menghantarnya pulang ke rumah tetapi
suspek mula bertindak kasar apabila cuba membuka pakaian mangsa.
�Melihat tindakan suspek yang bagaikan hilang akal itu, mangsa cuba
menjerit sekuat hati meminta tolong, namun suspek bertindak menutup
mulut mangsa sebelum merogolnya,� katanya.
Wan Abd Aziz berkata, nasib malang remaja itu tidak berakhir di situ
apabila dirogol secara bergilir-gilir oleh tiga lagi rakan kepada teman
lelakinya.
Katanya, selepas puas melepaskan nafsu mereka, suspek tanpa rasa
bersalah menghantar mangsa pulang ke rumah kira-kira jam 7 malam.
�Pada mulanya, mangsa tidak membuat sebarang laporan polis kerana
bimbang keselamatannya tetapi nekad melaporkan perbuatan terkutuk suspek
selepas dirogol buat kali kedua dalam kejadian terbaru pada 4 Ogos
lalu.
�Susulan laporan dibuat mangsa kelmarin, polis menahan teman lelaki
mangsa berusia 22 tahun yang kini direman selama tujuh hari sehingga
Ahad depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan
kerana merogol.
�Selain itu, kita turut memburu tiga lagi rakan suspek yang dipercayai turut terbabit dalam kejadian ini,� katanya.
Dalam pada itu, Wan Abd Aziz turut menasihatkan golongan remaja terutama
perempuan agar tidak mudah mempercayai rakan yang baru dikenali
menerusi laman sosial seperti Facebook dan WeChat bagi mengelak mereka
menjadi mangsa jenayah sama ada ditipu atau dirogol.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan