Home » » Di sebalik remaja yang ditahan semasa himpunan Hari Pekerja

Di sebalik remaja yang ditahan semasa himpunan Hari Pekerja

Written By canang on Selasa, 5 Mei 2015 | 5/05/2015 08:40:00 PTG

Di sebalik remaja yang ditahan semasa himpunan Hari Pekerja
Sebahagian 29 remaja yang ditahan pada perhimpunan Hari Pekerja 1 Mei lalu dikatakan ahli kumpulan anarkis dan punk daripada Kuala Lumpur dan negeri lain, menurut laman Facebook dinamakan Pustaka Semesta.
Sejak himpunan yang disertai kira-kira 10,000 penyokong Jumaat lalu, laman Facebook itu menyiarkan status terkini remaja terbabit, 23 daripadanya ditahan reman sejak Sabtu lalu dan dijangka dibebaskan hari ini.
Pengendali laman itu dalam satu statusnya baru-baru ini mendakwa, mereka "dipukul polis ketika dibawa masuk ke dalam lokap". Laman itu juga menyeru rakan dan penyokong remaja yang ditahan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi bagi menunjukkan solidariti.
Enam daripada mereka di bawah umur, dan dibebaskan Sabtu lalu. Pengendali laman itu dalam status pertamanya sejak penahanan itu pada 2 Mei lalu berkata, 29 remaja yang ditahan merupakan "rakan kumpulan anarkis dan punk dari Kuala Lumpur, Kuantan, dan Melaka".
Katanya, seorang ditahan semasa cuba meninggalkan tempat kejadian ketika tangkapan sedang dibuat pada petang Jumaat lalu, manakala seorang lagi yang sedang merekodkan insiden menggunakan telefon bimbit juga ditahan polis berpakaian biasa.
Laman itu juga mewajarkan tindakan mereka yang melakukan vandalisme dan merosakkan harta awam, menganggapnya "mesej kepada isu sosiopolitik dan ekonomi yang menjejaskan kehidupan seharian rakyat".
"Kemusnahan harta dan vandalisme itu tidak setara mana dibandingkan dengan pelbagai penindasan dan keganasan yang dikenakan kerajaan dan korporat terhadap rakyat. "Sekali lagi, produk kapitalis diutamakan lebih daripada rakyat dan kerajaan sentiasa cepat mengambil tindakan apabila pihak kapitalis terjejas atau imej bandar mereka dicemari," katanya.
Semasa himpunan itu, remaja terbabit berpakaian hitam, ada yang memakai penutup muka, dilihat menyalakan bom asap, melemparkan mercun di jalan raya, membakar sampah dan menconteng dengan semburan cat di papan tanda dan dinding besi.sumber

Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger