Home » » Pulau Pinang umum RM20 juta biasiswa pendidikan kepada anak golongan pekerja

Pulau Pinang umum RM20 juta biasiswa pendidikan kepada anak golongan pekerja

Written By canang on Isnin, 4 Mei 2015 | 5/04/2015 09:09:00 PTG



GEORGE TOWN, 2 MEI: Ketua Menteri Lim Guan Eng mengumumkan program biasiswa Yayasan Masa Depan Pulau Pinang (PFF) sebagai pembiayaan kepada rakyat Pulau Pinang yang melanjutkan pelajaran di universiti tempatan.
Guan Eng dalam perutusan ‘Hari Pekerja 1 Mei’ semalam berkata, program tersebut adalah satu lagi usaha kerajaan negeri bagi membantu golongan pekerja di Pulau Pinang yang menanggung hutang, kenaikan harga, dan gaji yang tidak naik.
“Biasiswa maksimum RM 100,000 bagi keseluruhan kursus melalui PFF akan diberikan kepada semua rakyat Malaysia dengan keutamaan kepada anak Pulau Pinang bagi membantu anak-anak pintar para pekerja biasa.
“Ini akan membantu para pekerja di Malaysia yang terkesan dengan hutang dan gaji yang tak naik. Malaysia kini mengalami hutang peribadi isi rumah tertinggi di Asia,” kata Guan Eng.
Dalam pada itu katanya, kerajaan negeri merekodkan pencapaian memberangsangkan ketika kerajaan Persekutuan dipimpin UMNO-BN terpaksa berhempas pulas mengurus ekonomi akibat rasuah, ketirisan dan hutang.
Hal ini kerana kerana dasar kerajaan Pulau Pinang yang meletakkan rakyat sebagai keutamaan dan usaha merapatkan jurang pendapatan.
“Kerajaan negeri merekod lebihan bajet RM 453 juta dari 2008 sehingga 2013.
“Dengan lebihan itu kami tukar ia sebagai dividen anti rasuah dengan memberikan anugerah tunai, di samping RM 287 juta bagi membantu rakyat yang memerlukan dan golongan tidak bernasib baik.
“Sekarang kami mengorak satu lagi langkah besar untuk melabur kepada masa depan dengan pemulaan RM 20 juta dari program biasiswa PFF, bagi membantu rakyat Malaysia berkelayakan demi mencapai impian akademi,” kata Guan Eng lagi. – Roketkini.com
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger