Satu rangka manusia yang telah reput dipercayai
mangsa sindiket pemerdagangan manusia dibawa keluar dari hutan Wang
Kelian, petang ini.
Menurut Ketua Polis Daerah Padang Besar, Supt Rizani Che Ismail rangka itu ditemui anggota pasukan forensik polis di satu kubur berhampiran sebuah kem yang ditinggalkan.
"Mayat mangsa mungkin tidak sempat dikebumikan kerana mereka dipercayai tergesa-gesa meninggalkan kawasan kem," katanya kepada pemberita di Wang Kelian.
Beliau berkata rangka tersebut yang dibawa keluar 3.45 petang dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar untuk bedah siasat sebelum tindakan selanjutnya diambil.
"Kedudukan kubur tempat rangka itu ditemui dalam hutan kira-kira 100 meter sahaja dengan sempadan Thailand dan permukaan muka bumi juga sukar didaki, mengambil masa hampir tiga jam untuk sampai dari tempat operasi kem Pasukan Gerak Am (PGA) di Wang Kelian," kata Rizani.
Menurutnya usaha menggali kubur-kubur yang ditemui akan bermula esok.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum ini mengumumkan penemuan 139 kubur di 28 kem haram yang dipercayai digunakan oleh sindiket pemerdagangan manusia di sebelah Malaysia di Wang Kelian.
-Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan