Home » » Julia Perez Tekad Buang Tatu Selepas Balik Umrah

Julia Perez Tekad Buang Tatu Selepas Balik Umrah

Written By canang on Isnin, 1 Jun 2015 | 6/01/2015 07:28:00 PTG

 Jakarta: Penyanyi dangdut sensasi Julia Perez akhirnya memenuhi janji untuk membuang semua tatu pada badannya selepas menunaikan ibadah umrah bulan lalu.

Dia yang lebih dikenali dengan nama Jupe melakukan proses memadamkan tatu itu di Jakarta Utara, kelmarin.

Menurutnya, dia tidak tidur sepanjang malam sebelum menjalani proses berkenaan kerana bimbang menanggung kesakitan.

“Memang sakit. Tetapi dengan izin Allah, proses berkenaan berjalan dengan lancar,” katanya ketika dihubungi selepas menjalani kerja memadamkan tahu itu di Dataran Mangga Square.

Penyanyi yang juga pelakon itu mengaku mempunyai empat tatu pada tubuhnya dan membelanjakan kira-kira Rp30 juta (RM8,500) untuk memadamkannya.

“Duit bukan masalah. Yang penting saya mahu memadamkan semua tatu ini,” katanya.

Proses membuang tatu itu, termasuk satu dipunggung Jupe, tidak selesai dalam masa sehari. Dia dikatakan perlu datang sehingga empat kali, sebelum dapat memadamkan tatu itu, kerana ada yang dibuat dengan dakwat tebal. - Harian Metro

Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger