PUNCA SEBENAR P RAMLEE JATUH MISKIN SEBELUM MENINGGAL DUNIA
Disebalik
nama besar Tan Sri P Ramlee mungkin ada diantara kita tidak tahu
mengenai kisah hidup beliau. Disebalik kehebatan filem beliau yang masih
mampu membuatkan ramai orang ketawa ketika ini, tersimpan 1001 kisah
yang menyedihkan.
Lihat
juga bagaimana ‘berjayanya’ P Ramlee dijatuhkan oleh bangsanya sendiri
sehingga tumbang dan tersadai. Tahukah anda, sewaktu hidupnya beliau
tidaklah hidup senang seperti artis-artis pada hari ini dan tidak begitu
dihargai malah di penghujung hayatnya, beliau telah jatuh miskin,
dipulau rakan-rakannya, dijatuhkan, dicaci dan dimalukan serta banyak
ditimpa kekecewaan dan kesedihan. Jasa beliau hanya diangkat, dihargai
dan dikenang setelah pemergiannya.
P. Ramlee : Genius Yang Tragik
Ketika
hidupnya, beliau di hina. Di akhir-akhir hayatnya, beliau di
kerasumbangkan. Tidak ada kawan, tidak ada sekutu. Wartawan hampir
bersatu menjatuhkannya. Kerajaan gagal menghargai beliau semasa
hayatnya. Di tamatkan kontrak oleh EMI, ditamatkan kontrak oleh Shaw
Brother, P. Ramlee meniti saat akhir hayatnya dengan penuh kegetiran.
Beliau
tidak meminati politik dan plotting. Beliau tidak suka apa-apa taktik
kotor dan “anything underhand”. Beliau juga tidak pernah mengata
keburukan sesama seniman. Bagi P.Ramlee – hidupnya – keseluruhan
hidupnya hanya diabadikan kepada kerja-kerja seni sahaja.
Mati
dalam kemiskinan, namun khazanah negara melalui filem dan muzik kekal
abadi. Negara ini terhutang budi kepada P.Ramlee. Walaupun gelaran Tan
Sri yang dianugerah kepadanya selepas kematian beliau bagaikan
‘sia-sia’, saya masih menyokong P.Ramlee di anugerahkan gelaran Tun.
Namun
khazanah negara filem-filem karya beliau bukan milik beliau, bukan juga
milik Malaysia. Setiap kali kita menonton filem agungnya, Shaw Brother
adalah orang yang meraih keuntungan. Filem-filem seperti Pendekar Bujang
Lapok, Ibu Mertuaku dan Nujum Pak Belalang merupakan hak cipta Shaw
Brother. Shaw Brother yang mengaut keuntungan dengan hasil kreatif
P.Ramlee dan Shaw Brother yang sama memusnahkan kerjaya Seniman Agung
itu.
Shaw
Brother telah berkomplot dan memulakan perang media memburukkan
P.Ramlee, menurut sekutu P.Ramlee Datuk H.M. Shah. Hasilnya, beliau
dipulaukan, diejek dan diboo oleh bangsanya sendiri. Menurut dokumentari
arahan Shuhaimi Baba, P.Ramlee merupakan seorang pengarah pertama
Melayu yang menyimpang dari tradisi meniru filem ala India.
Melalui
filem seperti Semerah Padi, P.Ramlee meninggalkan langsung budaya
‘bikin filem’ ala India. P.Ramlee memasukkan unsur-unsur akar umbi
budaya dan adat resam Melayu. Malah dalam sebuah temuramah, P.Ramlee
menyatakan dengan jitu jika muzik irama Malaysia seperti joget dan
sebagainya tidak diterap ke dada generasi Melayu, lama kelamaan seni
warisan nenek moyang ini akan hilang. P.Ramlee memang seorang patriotik
dan menyayangi bangsanya Melayu.
Dan
Melayu sebahagian besar menolak dan mencemuh karyanya disaat menjelang
kematiannya. Cukong seperti Shaw Brothers dengan duit dan pengaruh lebih
berkuasa memperkotak-katiknya genius Melayu yang sukar dicari ganti
ini.
Menjelang
kematian Napoleon Bonaparte, beliau sempat menulis sesuatu yang
menggetarkan jiwa saya apabila membacanya. Selepas beliau disahkan mati,
seseorang menemui kertas ditangan Maharaja Perancis yang mati dalam
buangan di Pulau St. Helena. Ini kata-katanya:
“A
New Prometheus, I am nailed to a rock to be gnawed by a vulture. Yes, I
have stolen the Fire of Heaven, and made a gift of it to mankind. The
Fire has returned to its sources, and I am here! The love of glory is
like the bridge that Satan built to pass from Chaos across Hell to
Paradise; glory link the past and the future across a bottomless abyss.
Nothing to my son except my name!”
Kata-kata
itu lebih tepat untuk ditujukan kepada P.Ramlee. Sebagai pemula sebenar
‘filem Melayu’, beliau telah mencuri ‘Api Syurga’ yang membawa sinar
baru kepada bangsa Melayu, tetapi dengan harga yang perlu dibayar.
Seperti nasibnya Prometheus dalam mitologi Greek yang mencuri ‘Fire of
Heaven’ dan memberi ilmu kepada mere mortal(manusia biasa), beliau telah
dihukum oleh Zeus.
Hukuman
bagi Prometheus adalah beliau dipaku kepada batu batan dan akan datang
burung hering memakan hatinya. Hatinya akan tumbuh semula untuk kembali
dimakan oleh hering. Seperti Prometheus, menjelang kematiannya,
P.Ramlee telah ‘makan hati.’ Ini tidak disedari oleh bangsanya yang
terus-terusan mengejeknya hingga beliau meninggalkan kita untuk
selamanya pada 29 Mei 1973.
Ironinya,
beliau menjadi abadi selepas itu. Seperti kata Renoir tentang lukisan
yang dihasilkan dengan kesakitan kerana beliau cacat:
“The pain passes; but the beauty remains.”
– Al Fatihah buat Tan Sri P Ramlee –
1 ulasan:
org layu ni maha hebat perasaan hasad dengki dia, juga penting diri dari berpendirian berjemaah.Aku terkenang arwah Ibrahim pendek yang dia pernah berlakon diHollywood bersama Charlton Heston dan Hollywwod berkenaan serta pujuk dia membangun career dia disana , namun semngat jiwanya untuk bangsa dia tidak tinggal disana. Begitulah Dato' Shake (anak kelahiran johor)terkenal sebagai superstar diPerancis, balik kemalaysia disanjung sekejap hangat hangat tahi ayam lepas tu org layu kita suka cemuh., sekarang dato' shake dah kembali kePrerancis. Bangsa layu ni kalau kita nak tolong, kita kena tolong diri kita dulu duduk dikemuncak atas dan baru boleh tolong sekadar pada mereka yg ada potensi punya daya semangat bina diri dan dan bukan yg jenis sterotype nak cara mudah saja.
Catat Ulasan