WASHINGTON,
Sabtu – Kumpulan pengamal seks songsang, homoseksual meraikan
kemenangan apabila Mahkamah Tinggi Amerika Syarikat memutuskan bahawa
undang-undang negara itu telah mengiktiraf perkahwinan sejenis.
Dalam
perbicaraan pada hari Jumaat, keputusan 5-4 oleh para hakim telah
dicapai sekaligus membatalkan undang-undang di peringkat negeri yang
melarang perkahwinan sama jantina itu di seluruh negara.
Keputusan
yang diumumkan oleh hakim Anthony Kennedy di kamar perbicaraan sambil
diperhatikan oleh hakim-hakim lain, disambut dengan penuh gembira oleh
pemerhati di dalam dan di luar mahkamah.
“Mereka
(golongan homoseksual) menuntut maruah dan hak sama rata di sisi
undang-undang, maka hari ini perlembagaan memberikan hak itu kepada
mereka,” katanya dalam kertas penghakiman setebal 28 muka surat.
Serentak
dengan keputusan itu, di wilayah Michigan, salah satu negeri yang
disaman oleh pasangan sejenis kerana menghalang perkahwinan mereka,
kerani daerah berkata mereka tidak sabar untuk memulakan proses membuat
lesen perkahwinan untuk pasangan gay dan lesbian.
Di luar mahkamah, ratusan penyokong perkahwinan sejenis bersorak dengan mengibarkan bendera dan mengangkat sepanduk LGBT.
SATU KEJAYAAN AMERIKA SYARIKAT
Sementara
itu di White House Rose Garden, selepas keputusan mahkamah dibuat,
Presiden Barack Obama yang berucap di hadapan media berkata, keputusan
mahkamah yang mengiktiraf perkahwinan sejenis adalah ‘satu kejayaan buat
Amerika’.
“Negara
kita diasaskan dengan prinsip bahawa kita semua dicipta sama rata.
Setiap generasi mahukan sesuatu perkara itu disesuaikan dengan realiti
yang berubah mengikut masa,” katanya.
Sebelum
membuat ucapan, Obama menghubungi plaintif, Jim Obergefell yang
perkahwinannya sedang dibicarakan bagi mengucapkan tahniah.
“Atas
kepemimpinan kamu, ketahuilah, ia telah mengubah negara ini. Saya
berbangga dengan kamu dan pasangan kamu,” kata Obama kepada Jim
Obergefell.
Obama turut memberikan reaksi awal sejurus selepas keputusan mahkamah diumumkan melalui akaun twitter.
“Hari ini
adalah langkah besar dalam usaha kita menuju kesamarataan. Pasangan gay
dan lesbian sekarang memiliki hak untuk berkahwin, sama seperti orang
lain,” katanya sambil menulis hashtag #LoveWins. – Agens
Tiada ulasan:
Catat Ulasan