Home » » Ianya satu pembaziran untuk memberi subsidi minyak kepada Rakyat - Najib

Ianya satu pembaziran untuk memberi subsidi minyak kepada Rakyat - Najib

Written By canang on Ahad, 12 Julai 2015 | 7/12/2015 01:14:00 PTG

Tersebar meluas di laman sosial ucapan Najib di MAHA EXPO yang mengatakan golongan petani tidak terkesan dengan pemansuhan subsidi kerana mereka hanya menaiki kenderaan kapcai.

Bagaimanapun, tiada sebarang portal berita berlesen yang menerbitkan kenyataan itu termasuk media pembangkang, mengesahkan kenyataan perdana menteri itu.

Menurut laporan yang tersebar di media sosial;

Kenaikan harga minyak berikutan keputusan kerajaan untuk memansuhkan subsidi tidak akan memberi kesan kepada petani di Malaysia.

Ini kerana petani Malaysia tidak memiliki kenderaan mewah sebaliknya menunggang motosikal yang enjinnya berkapasiti rendah, atau kapchai menurut Perdana Menteri, DS Najib.

"Ianya satu pembaziran untuk memberi subsidi minyak kerana anda semua menggunakan kapchai, betul?".

"Mereka disini (kawasan bandar) memiliki kereta mewah seperti Mercedes, yang mana memerlukan 75 litre minyak untuk penuh", katanya ketika melancarkan Maha Expo..

Menjelaskan kerajaan akan menyalurkan peruntukan lebih besar kepada sektor pertanian, Najib berkata ia akan berlaku sekiranya mekanisma baru - pemansuhan subsidi bahan api - akan dapat menjimatkan perbelanjaan kerajaan.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger