Home » » Video!!! Layanan istimewa buat ROSMAH ???

Video!!! Layanan istimewa buat ROSMAH ???

Written By canang on Jumaat, 3 Julai 2015 | 7/03/2015 11:52:00 PTG

Layanan istimewa buat ROSMAH ????????????????????????????
PETALING JAYA - Sebuah video yang menunjukkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mendapat layanan istimewa apabila beliau dipakaikan kasut oleh seorang anggota polis mendapat perhatian di media sosial.
Difahamkan, visual itu diambil pada Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri bersama Media yang turut dihadiri Datuk Seri Najib Tun Razak dan berlangsung di Kompleks Media Karangkraf di Shah Alam pada Khamis.
Menerusi video yang berdurasi 31 saat itu, seorang wanita yang merupakan anggota polis dilihat memakaikan kasut ke kaki Rosmah yang ketika itu berdiri di pintu.
Beberapa orang tetamu yang mengiringi turut menyaksikan tingkah laku anggota polis berkenaan terhadap isteri Perdana Menteri itu yang hadir ke majlis tersebut dengan mengenakan pakaian berwarna merah.
Selepas memakai kasut, Rosmah kemudiannya beredar dari situ dengan menaiki sebuah kereta jenis Perodua Kancil yang telah diubah suai menjadi `buggy’.
Pengguna Facebook menggunakan nama Yusry Danie yang memuat naik video tersebut menulis status;
“Nak tya sikit…Si tukang pemakai kasut tu… mahai ka gaji dia? Sampai macam tu sekali layanan pada seorang PM.
“Bersangka baik – dia tengah halau semut pada kain dan betulkan kainnya,” tulisnya. - FMT
Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com.


Nak tya sikit...Si tukang pemakai kasut tu... mahai ka gaji dia?Sampai macam tu sekali layanan pada seorang PM...Bersangka baik - dia tengah halau semut pada kain dan betulkan kainnya
Posted by Yusry Danie on 2hb Julai 2015
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger