Home » » Abby Abadi Bakal Umum Perkahwinan Kali Ke3

Abby Abadi Bakal Umum Perkahwinan Kali Ke3

Written By canang on Ahad, 2 Ogos 2015 | 8/02/2015 09:54:00 PTG


Tahniah kepada Abby Abadi kerana bakal diijabkabulkan pada 14 Ogos tahun ini, bersama lelaki pilihan hati yang dikenali sebagai Jai Ezzany. Perkara tersebut diumumkan Abby sendiri melalui akaun Instagram miliknya.
BACA: Memey Suhaiza Tidak Kisah Suami Rapat Dengan Abby Abadi
Abby Abadi Umum Bakal Kahwin Kali Ketiga - ROTIKAYA_in
“Panjang nak cerita. Apapun, kami ambil keputusan untuk mempercepatkan ‘kerja baik’ ini agar sentiasa berada di bawah keredhaan Allah dan tidak terlibat dgn perkara-perkara yang tidak diingini. Beberapa minggu je lagi ni”
“Syukur Allah permudahkan segala perancangan kami. Terima Kasih Allah atas jodoh ini. Doakan ini akan jadi ‘perkahwinan’ yang terakhir buat kami,” jelasnya melalui muatnaik di akaun Instagram miliknya. Tambah Abby, dia mengenali lelaki tersebut dari tahun 2013 lagi.
Sebelum ini Abby mengalami dua kegagalan dalam perkahwinan bersama aktor Norman Hakim dan Noor Farhan Che Bakar. Semoga segala urusan Abby dipermudahka serta doa Abby untuk menjadikan perkahwinan ini adalah yang terakhir akan termakbul. (ROTIKAYA)
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger