Jawatankuasa Bersih 4.0 hari ini dengan
sukacitanya akan mengumumkan persetujuan dan kesediaan bekas Timbalan
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk turut serta, malah
mengepalai himpunan Bersih 4.0 yang akan dilangsungkan bermula hari ini
hingga 31 Ogos nanti.
Menurut satu kenyataan yang akan
dikeluarkan jam 10 pagi nanti, persetujuan Muhyiddin ini disampaikan
sendiri oleh salah seorang dari dua Setiausaha Politiknya.
Justeru, penyertaan Muhyiddin diharap
dapat menarik semua penyokongnya seperti Datuk Seri Shafie Afdal, Umi
Hafilda dan lain-lain untuk turut serta meramaikan gerakan Bersih 4.0
setelah PAS melarang penyokongnya dari turut serta dalam himpunan
tersebut.
Turut ikut bersetuju untuk menyertai
Bersih 4.0 ialah pertubuhan rasis (dulu) Perkasa yang Presidennya
semala, Datuk Ibrahim Ali, memberikan indikasi bahawa mereka juga akan
menyertai Bersih 4.0 sebagai tanda protes terhadap kerajaan.
Penyertaan Muhyiddin ini dilihat
significant dengan perjuangan Bersih 4.0 kerana Muhyiddin adalah juga
Pengarah pilihanraya bagi UMNO dan BN di peringkat nasional. Gabungan
Muhyiddin dan Pengarah-pengarah pilihanraya dari PKR, DAP dan GHB
membolehkan perkongsian idea bagaimana nak menumbangkan BN dengan lebih
mudah.
Belum dapat dipastikan jawatan Muhyiddin
dalam kerajaan perpaduan yang akan dibentuk selepas himpunan Bersih 4.0
sekiranya kerajaan BN sedia ada dapat ditumbangkan. Tapi berdasarkan
senioriti dan pengalaman sebagai Timbalan Perdana Menteri sebelum ini,
aku yakin paling tidak beliau akan menjadi Perdana Menteri sementara,
sebelum Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih kuasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan