Home » » Hanya 25 ahli Parlimen BN diperlukan untuk singkir Najib

Hanya 25 ahli Parlimen BN diperlukan untuk singkir Najib

Written By canang on Jumaat, 21 Ogos 2015 | 8/21/2015 10:41:00 PTG


Hanya 25 ahli Parlimen BN diperlukan untuk singkir Najib

 Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata pihak pembangkang cuma memerlukan 25 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang sanggup menyokong usul undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Najib Razak sekali gus menyingkirkan perdana menteri itu. Ahli Parlimen Pandan itu berkata, beliau percaya jumlah itu boleh dicapai memandangkan ahli Parlimen BN juga sebenarnya bersama sentimen rakyat yang bosan dengan suasana politik dan ekonomi negara

. "Saya yakin ahli Parlimen daripada parti pembangkang atau BN faham sentimen ini. "Sebab itu saya masih menaruh harapan akan ada 25 ahli Parlimen BN yang masih mempunyai kesedaran dan kecintaan kepada rakyat untuk berani tampil menyokong satu undi tidak percaya untuk menukar perdana menteri," katanya dalam kenyataan hari ini. Rafizi berkata, beliau percaya ahli Parlimen BN itu akan berdepan pelbagai cubaan seandainya mereka bersetuju menyingkirkan Najib.

"Namun, saya juga percaya mereka gelisah dengan perkembangan yang berlaku dan mereka masih ada kesedaran untuk membezakan yang benar berbanding tidak benar," katanya. Rafizi yang juga naib presiden PKR turut menggariskan 3 syarat terhadap 25 ahli Parlimen BN yang akan menyokong usul undi tidak percaya itu. "Pertama, kerajaan peralihan ditubuhkan dengan mandat selama 2 hingga 3 tahun bagi memulihkan demokrasi dan institusi utama negara. "Kedua reformasi terhadap sistem dan amalan pilihan raya agar Pilihan Raya Umum ke-14 dapat diadakan secara bebas, adil dan telus. "Ketiga, satu agenda reformasi yang jelas mengenai ekonomi rakyat, termasuk memansuhkan cukai barangan dan perkhidmatan, keluhuran undang-undang,
kebebasan media dan perkara lain dipersetujui secara bersama," katanya. Kenyataan Rafizi ini dibuat selepas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam mencadangkan pembangkang menukar perdana menteri tanpa menggulingkan BN jika mahu Najib disingkirkan.- Z
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger