Home » » Zeti Aziz enggan layan permintaan Rosmah..

Zeti Aziz enggan layan permintaan Rosmah..

Written By canang on Isnin, 31 Ogos 2015 | 8/31/2015 04:54:00 PTG

Zeti Aziz enggan layan permintaan Rosmah....Syabas Gabenor..

Antara apa yang Asia Sentinel laporkan semalam ialah, atas dasar takut, Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz perlu dipecat kerana bimbang pendedahan ke atas penyiasatan skandal 1MDB yang dikaitkan dengan akaun peribadi Rosmah dan Najib.
Rosmah dikatakan marah dengan kebocoran maklumat berkenaan akaun banknya dan mengenai kemasukkan wang berjumlah RM2 Juta ke dalam akaun peribadinya.
Susulan dari kebocoran maklumat tersebut, Rosmah telah mengarahkan Zeti untuk menyiasat dan memaklumkan padanya pihak yang mendedahkan maklumat peribadi akaun banknya atau meletak jawatan dalam masa 72 jam.
Malangnya Zeti enggan melayan permintaan atau arahan Rosmah itu dan sejak dari itu Zeti dijadikan sasaran untuk disingkirkan dari jawatan Gabenor Bank Negara.
Zeti juga dikatakan akan menyerahkan semua bukti berkaitan perbankan dan transaksi-transaksi yang melibatkan syarikat-syarikat yang berkaitan dengan pelaburan 1MDB kepada pasukan khas.
Zeti menurut Asia Sentinel akan memberikan kerjasama penuh kepada pasukan khas. Walaupun Zeti tidak mendedahkan sebarang maklumat kepada media.
Perkara inilah yang membimbangkan pentadbiran Najib memandangkan Zeti tidak boleh dipecat ikut suka Najib kerana jawatan Gabenor Bank Negara hanya boleh dipecat, ditukar atau dilantik oleh Agung sahaja..
Terjemahan cerita sepenuhnya sila baca di SINI
Hari ini Rosmah melaui Peguamnya telah menafikan dakwaan Asia Sentinel itu dan meminta Editor portal tersebut, John Berthesel mengemukakan semua bukti untuk menyokong tuduhannya itu atau akan di saman.
Berikut adalah laporan penafian itu..
KUALA LUMPUR, 31 Julai: Sebuah portal berita asing, Asia Sentinel, digesa membuktikan dokumen rasmi ke atas tuduhan yang dilaporkan dalam artikel terbitan mereka baru-baru ini.
Editor portal itu, John Berthesel bertanggungjawab atas penerbitan satu artikel pada 30 Julai lalu bertajuk ‘Isteri Perdana Menteri Malaysia mahu Gabenor Bank Negara dipecat’.
Beliau turut digesa untuk memohon maaf secara terbuka kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor kerana laporan itu menjejaskan imej dan reputasi beliau.
Memetik kenyataan peguam yang mewakili Rosmah, Messrs Noorhajran Mohd Noor dalam kenyataannya hari ini berkata, John perlu meminta maaf di atas semua dakwaan dan salah lapor yang dibuatnya itu dalam masa 48 jam.
“Tuduhan dalam laporan berbentuk artikel itu sangat serius dan dari sumber yang tidak tepat.
“John boleh merujuk sendiri kepada Bank Negara Malaysia mengenai kebenaran maklumat yang ditulis dalam laporan itu,” menurut kenyataan itu.
Dalam laporan itu, Asia Sentinel melaporkan, atas dasar takut, Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz perlu dipecat kerana bimbang pendedahan ke atas penyiasatan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dikaitkan dengan akaun peribadi Rosmah dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang boleh menjatuhkan kerajaan Malaysia.
Dalam pada itu Noorhajran berkata, John diminta menyerahkan semua dokumen dan sumber rujukan untuk dijadikan bukti dan menguatkan tuduhannya seperti yang terdapat dalam laporan yang ditulis dalam masa 48 jam.
Sekiranya John gagal berbuat demikian tindakan undang-undang dan proses pendakwaan menggunakan kanun jenayah dan sivil akan diambil ke atasnya.
 SUARAKAMI 07:58 BLOGGER
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger