Home » » Amaran Sultan Johor.Tiada toleransi pada perkauman di tanah Johor

Amaran Sultan Johor.Tiada toleransi pada perkauman di tanah Johor

Written By canang on Selasa, 15 September 2015 | 9/15/2015 11:20:00 PG

Tiada toleransi pada perkauman di tanah Johor
Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memberi amaran tidak akan bertolak ansur terhadap amalan perkauman di negeri yang ditadbirnya.
Baginda juga menggesa supaya negeri itu, yang diumpamakan sebagai sebuah rumah, menjadi bersih kerana Johor “milik rakyat - Melayu, India dan juga kaum Cina”.
“Mungkin datuk moyang mereka dari Cina atau India, tetapi Johor Darul Ta’zim ialah rumah mereka juga.
“Saya tidak akan bertoleransi dengan mereka yang mengamalkan sifat benci-membenci dan perkauman di tanah Johor Darul Ta’zim,” titah baginda sambil menegaskan bahawa semua mereka “bangsa Johor”.
Menulis di Facebook, baginda juga bertitah sudah sampai masa untuk rakyat negeri itu mengubah cara pemikiran supaya setanding dengan negara jiran.
Ini, titah baginda, bermula dengan perkara-perkara dianggap kecil seperti tidak membuang sampah di merata-rata tempat atau meletakkan kereta sebarangan yang menyusahkan orang lain.
“Sifat yang mementingkan diri sendiri tanpa memikir akibatnya pada orang lain harus diubah kerana ia menyusahkan orang ramai,” titah baginda.
Sultan Ibrahim juga mengingatkan kepada pihak perbandaran supaya menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan dengan memastikan kemudahan awam berfungsi dengan baik.
“Bila kita semua melaksanakan tanggungjawab kita, perubahan yang positif dan lebih baik dapat dinikmati semua,” titah baginda lagi.Sumber
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger