Selepas beberapa individu di Indonesia
muncul dengan nama pelik seperti Tuhan, Saiton dan Andy Go To School
kini giliran seorang gadis pula yang mempunyai nama paling pendek.
Pelajar di sekolah menengah di Pemalang, Jawa Tengah ini dipercayai
individu yang mempunyai nama paling pendek selepas namanya hanya D.
D yang berusia 15 tahun menunjukkan rekod sekolah yang memaparkan namanya kerana dia masih belum membuat kad pengenalan diri.
Bapanya, Mulyaji berkata, dia memberi anaknya nama D kerana gadis itu dilahirkan terlalu cepat.
“Anak saya ini adalah anak yang keempat dan saya memberi nama D sempena
urutan huruf itu yang berada di tempat keempat,” katanya.
Menurutnya, hanya anak bongsunya itu diberi nama yang unik dan semua kakak D mempunyai nama biasa.
D memberitahu, dia tidak pernah menghiraukan atau berasa terganggu dengan nama yang diberikan oleh bapanya itu.
“Saya berasa senang walaupun nama berbeza dan rakan yang lain sudah biasa memanggil saya D,” katanya. – Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan