Pelbagai syarikat automotif kini berlumba dalam membangunkan
teknologi pemanduan automatik untuk kenderaan. Sebelum ini, beberapa
syarikat telah menerima kebenaran untuk tujuan ujian tersebut di Amerika
Syarikat, dan terkini, Honda turut menerima pengesahan tersebut.
Honda dikatakan akan mengintegrasikan sokongan bantuan pemandu yang lebih terkini dan canggih berbanding beberapa pengeluar lain. Honda telah mula mengintegrasikan sokongan bantuan pemandu pada model kenderaan Honda Acura mereka, lebih kurang seperti beberapa kenderaan daripada pengeluar lain yang telah mula mengintegrasikan teknologi untuk membantu beberapa perkara seperti ketika pemanduan ataupun ketika ingin meletakkan kenderaan.
Selain Honda, antara nama besar lain yang turut menguji kenderaan yang dipandu automatik adalah termasuk Nissan, Mercedes Benz, BMW, Tesla Motors dan juga Google. Kenderaan yang dipandu automatik ini dijangka akan dipasarkan seawal tahun 2020 kelak.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan