Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
menempelak mereka yang berdebat mahu pun bertelingkah soal Pelaksanaan
hudud di negeri Kelantan sebagai ‘orang bodoh’.
Politikus lantang itu berpendapat, tiada apa yang perlu dirisaukan
mengenai agenda hudud PAS kerana pada dasarnya kanun keseksaan
berasaskan Islam itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan
tidak akan dilaksanakan di Malaysia.
“Mereka yang bercakap tentang perkara ini, tak kiralah daripada parti
mana sekali pun, adalah bodoh. Ia hanya boleh berlaku sekiranya
Perlembagaan Persekutuan diubah.
“Jadi kenapa perlu kita bercakap atau ambil peduli tentang sesuatu yang
bercanggah dengan Perlembagaan dan yang tidak akan berlaku Ia adalah
perkara yang sia-sia,” kata beliau.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri portfolio perundangan itu
menegaskan hukuman untuk jenayah dan samun di bawah hudud tidak boleh
diluluskan sebelum Perlembagaan diubah kerana mahkamah sivil sudah
mempunyai hukuman-hukuman yang jelas untuk kesalahan-kesalahan
berkenaan.
Beliau menambah memperkasakan Mahkamah Syariah untuk mengenakan
hukuman-hukuman berkenaan memerlukan majoriti dua pertiga di Parlimen
untuk mengubah Perlembagaan.
“Apa yang penting, kita perlu menghormati undang-undang; itu adalah Perlembagaan kita.
“Jikalau kita bertegas untuk mempunyai undang-undang berasing, orang
lain pun boleh meminta undang-undang lain untuk mereka juga. Ini adalah
satu kebodohan. Saya tak peduli apa orang lain kata, saya beranggap
ianya bodoh,” kata Datuk Seri Mohamed Nazri.
Ahli Parlimen Padang Rengas itu juga berpendapat PAS akan gagal untuk
mengemukakan dua rang undang-undang persendirian ahli mengenai hudud di
Parlimen kerana ‘ada banyak perkara yang lebih mendesak untuk
dibincangkan’.
“Setiap sesi kita ada banyak rang undang-undang persendirian ahli
(private member’s bill) yang tidak dibincangkan. Umno tahu hudud tidak
akan diluluskan, ia adalah usaha yang sia-sia,” jelas beliau.
Negeri Kelantan pimpinan PAS meluluskan perubahan kepada Kanun Jenayah
Syariah (II) (1993) 2015 untuk melaksanakan hudud di negeri pantai timur
itu.
Kesemua 12 ahli Dewan Undangan Umno bersetuju dengan perubahan itu
tetapi pemimpin peringkat nasional parti itu masih belum mengatakan
sokongan yang sama akan diberikan kepada cita-cita hudud PAS di
peringkat pusat.SUMBER
1 ulasan:
betul tu nazri
sepatutnya bila PR menang memerintah malaysia baru blh dibincang hudud
ketika itu blhlah kaji pinda perlembagaan
nk hudud nk hudud tp jahil undang2.... memang bodoh
dh tu tuduh org lain nati islam sebb tk nk hudud
bukan tknk hudud... kita tknk jadi bodoh sebb tktau cara
nk tegak hudud
memalukan islam je puak serban jubah tu
Catat Ulasan