Sabtu, 26 September 2015

Putera Raja Arab Saudi Ditahan Kerana Paksa Wanita Lakukan Seks Oral


LOS ANGELES: Seorang Putera Raja Arab Saudi ditahan pihak berkuasa di Los Angeles kerana didakwa memaksa seorang wanita melakukan seks oral ke atasnya di sebuah rumah agam di Beverly Hills.
Putera Majed Abdulaziz Al-Saud ditahan pada Rabu, kata Pegawai Polis Los Angeles Drake Madison.
Menurutnya, kerabat Diraja Arab berusia 28 tahun itu telah ditahan selama satu malam dan dibebaskan dengan jaminan sebanyak AS$300,000 (268,000 euro).
Saksi mendakwa ternampak seorang  wanita dalam keadaan berdarah  menjerit meminta pertolongan disebalik tembok rumah agam berkenaan sebelum melaporkan perkara itu kepada polis.
Putera Raja bermasalah itu sebelum ini pernah ditahan kerana kesalahan jenayah lain.
Jika disabit kesalahan, Majed  boleh dipenjara sehingga lapan tahun dan denda AS$10,000.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.