Sabtu, 26 September 2015

Terkini!!!! Misteri.Khairuddin dimasukkan ke hospital

Kuala Lumpur – Bekas Naib Ketua UMNO Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang ditahan dibawah Akta Kesalahan Keselamatan (Sosma) dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur hari ini.
Peguam beliau, Matthias Chang berkata Khairuddin mengalami demam panas dan beliau mungkin menghidap demam denggi.
“Beliau dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur hari ini. Dia disyaki mengalami denggi,” katanya memetik laporan Malaysiakini.
Chang menambah, dia diberitahu tiada sesiapa yang dibenarkan melawat Khairuddin namun pengawai yang bertanggungjawab menyiasat kes terbabit akan menghubunginya semula esok

Pegawai itu akan memaklumkan sama ada saya dan isteri Khairuddin (Datin Seri Umi Aida Rahmad) dibenarkan melawat,” katanya.
Khairuddin sebelum ini ditahan kerana disyaki melakukan aktiviti yang mengkhianati negara. Somsa membolehkan polis menahan individu sehingga 29 hari tanpa perlu dihadapkan ke mahkamah untuk pertuduhan.
Sebelum ini, Khairuddin telah membuat laporan polis di Switzerland, London, New York, Singapura dan Hong Kong berhubung skandal 1MDB.

2 ulasan:

  1. Dia kena gigitan nyamuk denggi. x perlu nak dipolitikkan. Sekarang denggi ada di mana2.

    BalasPadam

segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.