Home » » Air ajaib pak Anuar laris...

Air ajaib pak Anuar laris...

Written By canang on Jumaat, 16 Oktober 2015 | 10/16/2015 03:56:00 PTG


keadaan di sekitar rumah Pak Anuar yang sentiasa ramai dengan Beginilah keadaan pengunjung yang datang berbaris menunggu giliran PAK ANUAR beramah mesra dengan pengunjung yang datang ke rumahnya pengunjung mengambil air teh herba ajaib untuk dibawa pulang. Pak ANUAR (kiri) menuangkan air teh herba ajaib yang sudah mendidih

MELAKA 5 Okt. - Sebaik sahaja melangkah kaki ke teratak milik Anuar Hashim, 58, atau dikenali Pak Anuar ‘Air Ajaib’, pengunjung akan terpegun melihat orang ramai berkerumun di rumahnya semata-mata untuk mengambil air herba yang dinamakan teh herba ajaib.

Anuar kini terkenal di seluruh negara apabila air daripada hasil kajiannya selama 28 tahun menjadi bualan dan rebutan kerana didakwa berupaya menyembuhkan lebih 15 penyakit kronik.

Antara penyakit tersebut adalah resdung, rabun mata, tiroid, asma, jantung tersumbat, buah pinggang, mencairkan darah, batu karang, kencing manis, darah tinggi, prostat, buasir, saraf, bisa sendi tulang, Parkinson dan beberapa penyakit kronik seperti kanser, leukemia dan angin ahmar.

Air teh herba yang menjadi bualan kini terkenal bukan sahaja di negara ini malah turut mendapat perhatian rakyat negara jiran seperti Singapura, Indonesia dan Thailand yang sanggup datang ke rumah Anuar di Jalan Solok Kolam 2, Kampung Pengkalan, Batu Berendam di sini.

Bapa kepada empat anak itu menemukan khasiat daripada sepohon pokok hiasan yang dirahsiakannya ketika bekerja sebagai tukang kebun di beberapa buah sekolah sekitar negeri ini pada tahun 1987.

Minatnya terhadap pokok hiasan membuatkan dia sendiri mencari dan membuat kajian terhadap pokok yang mampu mengubati pelbagai penyakit dengan minum sendiri air renehan pokok hiasan itu.

“Saya sendiri mencuba air tersebut kerana pada ketika itu saya ada masalah kesihatan seperti badan cepat lesu, buasir dan mata saya rabun atau kurang jelas dan selama beberapa bulan saya amalkan dan nampak kesan positif selepas minum air tersebut,” katanya.

Menurutnya, selepas itu dia te­rus memasang niat dengan doro­ngan isterinya untuk membantu orang ramai yang menghidap pelbagai masalah kesihatan dengan mendapatkan air tersebut tanpa menetapkan kadar bayaran, sekadar derma seikhlas hati.

Sehingga kini, rumahnya telah dikunjungi lebih 3,000 orang setiap malam sejak beberapa tahun l

alu bermula dari pukul 4 petang sehingga 2 pagi. Katanya, dia yakin dengan keberkesanan air itu setelah mencubanya kepada seorang rakan yang bakal dipotong kaki akibat penyakit kencing manis kronik namun tidak lama selepas itu, kaki rakannya beransur pulih dan tidak memerlukan prosedur supaya dipotong oleh doktor.

Tambah Anuar, air yang diperbuat daripada pokok hiasan yang dicampurkan dengan air biasa itu hanya direneh tanpa memerlukan sebarang bahan campuran kimia mahupun pengawet untuk memberi kesan.

“Air ini hanya mampu bertahan selama 24 jam, saya tidak campur barang-barang terlarang, bahan kimia dan pengawet untuk bagi air ini tahan lama kerana saya pentingkan kesihatan,” katanya.

Tambahnya, sampel daripada air dan pokok hiasan itu sendiri telah diberikan kepada pihak Kementerian Kesihatan bagi menjalankan kajian saintifik bagi membuktikan tahap keberkesanan air herba itu namun sehingga kini belum ada sebarang keputusan mengenainya.

Sementara itu, kata beliau, di-sebabkan air herba itu diberi secara percuma kepada orang ramai, terdapat pihak tertentu mengambil kesempatan menjual air herba yang dihasilkannya itu hingga mencecah RM150 sebotol dalam laman sosial.

“Saya buat air ini bukan untuk berniaga tetapi untuk menolong orang yang susah dan berpenyakit, namun saya sedih apabila mengetahui ada pihak yang tahu mengenai keberkesanan air ini telah mengambil kesempatan dengan menjual air yang mereka peroleh daripada rumah saya.

“Saya kesal dengan tindakan mereka tetapi yang paling saya kesal apabila orang yang membeli air itu akan dapat kesan sampingan kerana air yang saya buat hanya boleh tahan selama 24 jam.


“Saya tidak ada sebarang ejen untuk air ini dan untuk mendapatkannya sila datang ke rumah saya dan ambil sendiri, bukan daripada mereka yang menjualnya di laman sosial kerana bimbang dicampuri dengan bahan kimia bagi menjadikannya lebih tahan lama,” jelasnya.UTUSAN
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger