Home » » Bayi dua lubang hidung dilahirkan

Bayi dua lubang hidung dilahirkan

Written By canang on Jumaat, 2 Oktober 2015 | 10/02/2015 11:04:00 PTG

Bayi dua lubang hidung dilahirkan di Peru

Chimbote (Peru): Seorang bayi lelaki yang mempunyai kecacatan genetik dilahirkan dengan dua lubang hidung yang terkeluar dari mukanya. Selain kecacatan pada hidung, bayi yang dinamakan Baby Angelito itu dilahirkan sihat tanpa sebarang masalah kesihatan yang lain.

 Doktor pakar kanak-kanak, Jose Castillo berkata, bayi itu mengalami satu kecacatan genetik yang sangat jarang berlaku. “Keadaan seperti ini hanya berlaku sekali dalam setiap 10 juta hingga 15 juta kelahiran. “Bayi ini berada dalam keadaan sihat. Jantung dan sistem pernafasannya juga normal,” katanya.

Menurutnya, bayi itu kini dipindahkan ke hospital di Nuevo Chimbote untuk menjalani pemeriksaan. Seorang lagi pakar kanak-kanak, Carlos Arrestegui Ramos memberitahu, bayi itu memerlukan pembedahan plastik untuk membetulkan hidungnya.

 “Pemerhatian awal mendapati bayi ini sihat seperti bayi normal yang lain, tetapi kami perlu melakukan beberapa ujian untuk menentukan kesihatannya. “Pembedahan plastik boleh membentuk semula hidung bayi ini,” jelasnya. Datuk Bandar Nuevo Chimbote, Valentin Fernandez turut melawat bayi itu di hospital dan menghadiahkan lampin, susu dan wang kepada ibu bapanya. - Agensi
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger