KUALA LUMPUR: Ahli DAP, Young Syefura Othman menyifatkan protes
mendesak supaya membatalkan pengurangan subsidi minyak petrol dan
menghentikan perlaksanaan GST memang wajar bagi menunjukkan kepada pihak
kerajaan bahawa ia adalah sesuatu yang tidak rasional untuk mereka
meningkatkan harga bahan bakar tersebut bila harga pasaran dunia
mengalami penurunan.
“Pihak kerajaan mencanangkan kononnya hanya mengurangkan subsidi, namun harga minyak terus meningkat,” ujarnya sewaktu ditemui FMT.
“Sebelum ini, kerajaan telah menaikkan harga rokok, dan kini harga minyak ,selepas ini apa pula?” soalnya.
Jelas Syefura lagi, dengan perlaksanaan GST, kos hidup sara hidup anak muda akan meningkat terutamanya kepada pelajar lepasan universiti.
“Perlaksanaan GST ini akan lebih menambahkan derita mereka.
“Kini, hendak mencari kerja pun susah, terbeban pula dengan hutang PTPTN, dan ditambah pula dengan perlaksanaan GST.
“Kerajaan sepatutnya kaji, sama ada rakyat boleh atau tidak membayar cukai GST,” jelasnya.
Jelasnya lagi, tindakan pihak kerajaan yang melaksanakan GST ini seakan menjerut lagi leher anak muda terutamanya pelajar lepasan universiti.sumber

Tiada ulasan:
Catat Ulasan