BANGI,
Sabtu – Usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Razak diterima dan disenaraikan dalam aturan urusan mesyuarat
Dewan Rakyat yang akan mula bersidang, Isnin ini.
Usul itu
diletakkan sebagai usul ke-25 daripada 28 usul dalam kertas aturan
urusan mesyuarat untuk dibahaskan, selepas menerimanya daripada Ahli
Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian.
Bagaimanapun, tidak pasti sama ada usul itu akan dibahaskan atau tidak.
Loy Sian
menyenaraikan beberapa sebab untuk memulakan usul termasuk wang RM2.6
bilion yang diterima Najib dalam akaun peribadinya.
“Bahawa
Dewan ini mengemukakan Undi Tidak Percaya terhadap Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Tun Razak atas alasan penerimaan ‘Wang Derma’ berjumlah
RM2.6 billion yang pada mulanya dinafikan, kemudiannya mengugut untuk
menyaman akhbar Wall Street Journal dan akhirnya mengakui wang tersebut
diperolehi daripada individu yang berasal dari Timur Tengah.
“Dengan
tidak menjelaskan mengapa ‘Wang Derma’ ini dimasukkan ke akaun peribadi
dan bukan atas nama parti, Dewan juga tidak berpuas hati ke atas
siasatan skandal 1MDB yang berlaku di mana ‘Special Task Force’ yang
sepatutnya menyiasat skandal ini dibubarkan tanpa memberi sebarang
alasan sehingga Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail ditamatkan
perkhidmatan, pegawai SPRM dipindahkan, pihak polis mengganggu siasatan
SPRM dan Bank Negara, Public Account Committee (PAC) yang sedang
menjalankan siasatan vote noterhadap kes 1MDB tidak berfungsi akibat
daripada empat anggota PAC yang terbabit telah dilantik menjadi Menteri
atau Timbalan Menteri oleh Perdana Menteri, Pengarah Cawangan Khas (SB)
diberhentikan, Timbalan Pengarah Cawangan Khas dipindahkan ke Jabatan
Perdana Menteri tanpa diberi tugasan.
“Disebabkan
masalah yang dinyatakan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
telah menjejaskan imej Negara di dunia dan menyebabkan pelabur tidak
yakin terhadap kerajaan sekarang sehingga ekonomi menjadi tidak stabil,
serta pasaran saham menjunam teruk dan kejatuhan nilai wang ringgit
Malaysia berbanding dengan dolar Amerika Syarikat.
“Maka
rakyat Malaysia tidak lagi percaya terhadap Perdana Menteri dan dengan
ini Dewan hendaklah mengambil ketetapan untuk mengemukakan Undi Tidak
Percaya terhadap Perdana Menteri,” kata usul yang dikemukakan.
September
lalu, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, berkata hanya
beliau saja yang mempunyai kuasa untuk menolak sebarang usul, termasuk
usul undi tidak percaya terhadap Najib.
Sehubungan
itu, katanya, tiada mana-mana menteri yang boleh menolak apa-apa usul
di Dewan Rakyat kerana yang berkuasa mengenai perkara itu adalah
Speaker.
Beliau
bagaimanapun berkata, usul undi tidak percaya sepatutnya tidak
dibincangkan selagi Dewan Rakyat belum bersidang dan Speaker belum
menerima usul itu.
Dengan
penyenaraian usul berkenaan dalam aturan mesyuarat Dewan Rakyat bermula
lusa, ini bermakna Pandikar Amin telah menerima usul berkenaan, tetapi
ia diletakkan di kedudukan yang sukar untuk dibahaskan. sumber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan