Polis menyiasat kehadiran Tun M pada perhimpunan Bersih 4.0 dan dakwaan ketua UMNO bahagian menerima rasuah
KUALA LUMPUR: Pihak polis tidak terburu-buru dalam melakukan siasatan terhadap mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang hadir memberi sokongan kepada peserta demontrasi Bersih 4.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, tidak ada keperluan untuk melakukan siasatan pada kadar segera terhadap Dr Mahathir.
“Kita akan aturkan pertemuan, tetapi tidak perlu tergesa-gesa,” katanya ringkas dalam sidang media Pameran dan Persidangan Umum Polis dan Peralatan Khas Ke-empat (GPEC) Asia 2015 pada Rabu.
Sebelum ini, Dr Mahathir dan isterinya Tun Dr Siti Hasmah Ali menyertai demonstrasi Bersih 4 yang diadakan pada bulan Ogos lalu anjuran Bersih 2.0.
Dalam ucapan kepada peserta Bersih 4.0, Dr Mahathir meminta peserta meneruskan demonstrasi dan mendakwa terdapat Ketua UMNO bahagian yang menerima rasuah sehingga tidak berani bersuara.sumber

Tiada ulasan:
Catat Ulasan