Home » » Pandikar akan letak jawatan jika debat 1MDB diteruskan -

Pandikar akan letak jawatan jika debat 1MDB diteruskan -

Written By canang on Rabu, 4 November 2015 | 11/04/2015 10:28:00 PG


Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata akan meletakkan jawatan jika kerajaan ditekan untuk mengadakan debat antara Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 November, 2015.Tan Sri Pandikar Amin Mulia akan melepaskan jawatan sebagai yang dipertua Dewan Rakyat sekiranya kerajaan ditekan untuk mengadakan debat antara Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua.

Mengumumkan perkara itu, beliau berkata, debat itu tidak boleh dibenarkan melainkan jika Pua meletak jawatan sebagai ahli Jawatankuasa Kira-kira Negara (PAC), kerana penglibatan pemimpin DAP itu boleh menjejaskan siasatannya ke atas 1MDB.

"Jika kerajaan mempunyai agenda untuk meneruskan perdebatan itu, saya tidak akan melibatkan diri saya dalam perkara ini.

"Jika ini berterusan, saya akan meletak jawatan sebagai speaker," katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Pandikar berkata, jika beliau membenarkan perdebatan itu berlangsung, tidak timbul lagi keperluan untuk PAC mengadakan siasatan mengenai isu tertentu selepas itu.

"Jika saya membenarkan debat ini, kita tidak perlukan lagi PAC atau mana-mana jawatankuasa lain," katanya.

"Biar semua orang berdebat sahaja, tidak ada gunanya kita ada jawatankuasa."

Pandikar juga menafikan membincangkan mengenai perdebatan itu dengan pihak eksekutif sebelum membuat keputusan tersebut.

"Kita semua ada peranan masing-masing. Menjadi peranan saya sebagai speaker untuk melihat jika Peraturan Mesyuarat dipatuhi," katanya.

"Saya perlu buat kerja saya, oleh itu, saya tidak boleh membenarkan perdebatan ini." – 3 November, 2015

Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger