Orang
ramai dinasihatkan supaya meneliti peruntukan undang-undang dibawah
Seksyen 99 Kanun Keseksaan bagi memahami hak untuk mempertahankan diri
sebelum membuat sebarang andaian, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri
Khalid Abu Bakar.
Khalid
berkata demikian bagi mengulas siasatan berhubung keputusan untuk
mendakwa seorang lelaki yang membunuh perompak ketika cuba
mempertahankan dirinya di Terengganu.
Pertuduhan itu mencetuskan kemarahan di kalangan netizen.
Khalid juga mempertikaikan peranan Majlis Peguam dan peguam hak asasi manusia kerana tidak mendidik orang ramai mengenainya.
"Jika seseorang merompak kita, itu tidak bermakna kita boleh membunuhnya.
"Seksyen
99 Kanun Keseksaan menyatakan dengan jelas had untuk mempertahankan
diri, bukan hanya kepada orang ramai tetapi kepada kita juga (polis).
"Apabila ia melibatkan perkara lain, Majlis Peguam pantas mengeluarkan kenyataan tetapi mengapa senyap mengenai perkara ini?
"Disinilah Majlis Peguam memainkan peranan dalam mendidik orang ramai," katanya di Bukit Aman pada Khamis.
Khalid berkata hak untuk mempertahankan diri tidak meliputi melakukan lebih banyak kemudaratan berbanding yang sepatutnya.
Baru-baru
ini, netizen marah apabila berita mengenai seorang lelaki yang dikenali
sebagai Zulkifli yang didakwa bakal menghadapi hukuman gantung sampai
mati selepas menikam seorang perompak yang memecah masuk ke dalam
rumahnya di Kerteh, Terengganu, tersebar di media sosial.
Menurut
laporan itu, pemuda itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan
kerana membunuh dan Seksyen 326 kerana sengaja mendatangkan kecederaan
dengan senjata berbahaya atau cara lain.
1 ulasan:
nAMPAKNYA kpn MESTI DIDAKWA KERANA TIDAK BERTUGAS BAGI MRENGHAPUSKAN JENAYAH....
Catat Ulasan