Di dalam Proses Penentuan Jantina seorang bayi, adakah ditentukan oleh benih bapa atau pun ibu?
Dalam surah an-Najm ayat 45-46, Allah
menjelaskan, “Dialah yang menciptakan kamu berpasang-pasangan, lelaki
dan perempuan, daripada nuthfah, apabila dipancarkan.”
Nuthfah, mengikut tafsiran yang sahih,
bermaksud air mani yang sedikit. Seperti yang disebutkan sebelum ini
mengikut Imam Qartubi didalam al-Jamik li Ah Kamil Quran, nuthfah
bermaksud,”Air mani lelaki, ia dinamakan nuthfah disebabkan jumlahnya
yang sedikit iaitu airnya yang sedikit.” Oleh kerana air mani adalah
sperma yang bercampur dengan cecair yang dikeluarkan oleh beberapa alat
jantina lelaki, justeru nuthfah yang bermaksud ‘jumlah yang sedikit’
membawa maksud sperma.
Hal ini disebabkan daripada air mani
yang banyak satu bahagian kecil atau sedikit sahaja daripadanya yang
diperlukan bagi proses persenyawaan. Yang sedikit yang menjadi penentu
itu adalah sperma.
Justeru didalam kamus Hans Wehr A
Dictionary of Modern Written Arabic, perkataan nuthfah diterjemahkan
sebagai drop, sperm iaitu setitik atau sperma.
Justeru ayat ini dengan jelas
menunjukkan, dalam proses kejadian manusia, penentuan jantina seorang
bayi ditentukan oleh nuthfah iaitu benih lelaki yang terdapat dalam air
mani.
Kenyataan ini adalah selari dengan
penemuan sains semasa. Hal ini disebabkan secara umumnya rupa bentuk
seseorang bayi secara terperinci ditentukan oleh 46 kromosom dan
daripada 46 kromosom ini dua daripadanya adalah kromosom seks. Kromosom
seks inilah yang samada seseorang bayi menjadi lelaki atau perempuanY dan XX
Benih lelaki iaitu sperma, mempunyai
kromosom seks ‘XY’ dan benih wanita iaitu ovum, mengandungi kromosom
seks ‘XX’. Semasa proses persenyawaan berlaku antara benih lelaki atau
perempuan, kromosom seks lelaki berpisah menjadi X dan Y dan kromosom
seks wanita berpisah menjadi X dan X. Salah satu daripada kromosom seks
lelaki bercantumdengan salah satu daripada kromosom seks perempuan bagi
menentukan status jantina seseorang bayi.
Oleh kerana kedua-dua kromosom seks
wanita adalah sama-sama iaitu X dan X, sedangkan kromosom seks lelaki
adalah berbeza iaitu X dan Y, maka yang menentukan samada seseorang bayi
menjadi lelaki ataupun perempuan adalah kromosom lelaki.
Sekiranya kromosom X lelaki bercantum
dengan kromosom X perempuan, maka bayi itu menjadi perempuan.
Sebaliknya, apabila kromosom Y lelaki bercantum dengan kromosom X
perempuan, maka bayi itu menjadi lelaki. Justeru benarlah kenyataan
Allah yang mengatakankejadian lelaki dan perempuan ditentukan oleh
nuthfah atau sperma lelaki. – Dr. Danial Zainal Abidin
Firman Allah Ta’ala yang bermaksud:
“Sesungguhnya Kami telah aturkan cara
mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati
benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan
kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan
mendengar dan melihat.”(Surah Al-Insaan 76:2)
“Dialah yang membentuk kamu dalam rahim
(ibu kamu) sebagaimana dikehendaki-Nya. Tiada Tuhan (yang berhak
disembah) melainkan Dia, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (surah
A-li’Imraan 3:6)
Wallahu’alam….
Tiada ulasan:
Catat Ulasan