Freemason : Pencarian Tabut Di Tapak Masjid Al Aqsa
"Sesungguhnya tanda kerajaan
Talut (yang menunjukkan benarnya dari Allah) itu ialah datangnya Peti
Tabut yang mengandungi (sesuatu yang memberi) ketenteraman jiwa dari
Tuhan kamu, dan (berisi) sebahagian dari apa yang telah ditinggalkan
oleh keluarga Nabi Musa dan Nabi Harun; Peti Tabut itu dibawa oleh
malaikat. Sesungguhnya peristiwa kembalinya Peti Tabut itu mengandungi
satu tanda keterangan bagi kamu jika benar kamu golongan yang
beriman." (Al-Baqarah: 248)
Rahsia Kuasa Yang Dicari Oleh Zionis
SIHIR... senjata super bagi pihak
Yahudi-Mason untuk menguasai dunia pada akhir zaman. Impian Yahudi dalam
mencapai KEKUASAAN yang selama ini telah dicabut oleh Allah S.W.T
daripada mereka akibat kesesatan akidah golongan itu.
Motivasi paganistik-kabbalah yang
mempercayai kesaktian Tabut. Mereka yang menemui Tabut dipercayai akan
mendapat kekuatan mistik yang akan meresap ke dalam tubuh dan jiwa
mereka.
Selama ini kaum zionis, masih menganggap
bahawa Tabut adalah kurniaan atau mu’jizat yang diberikan Tuhan kepada
orang-orang Yahudi.
Mereka meyakini apabila Tabut berjaya ditemui maka keagungan dan kejayaan mereka akan kembali dan dapat menguasai dunia lagi.
Namun, sekalipun Tabut masih ada dan
Yahudi berjaya menemuinya, dengan akal waras kita mampu berfikir: Tidak
mungkin Allah SWT memberikan rahmat dan mukjizat kepada bangsa yang
terus membunuh nabi-nabi-Nya dan ingkar terhadap ajaran-Nya.
1) Terbentuknya Kerajaan Bersatu (United Monarchy) setelah Nabi Musa A.S membawa bangsa Israel ini melintasi Laut Merah untuk ke "TANAH YANG DIJANJIKAN" (The Promised Land).
Nabi Musa A.S telah menyerahkan tugas
mengepalai bangsa Israel ini kepada Joshua, seorang panglima perang yang
mengetuai bangsa Israel dalam peperangan menentang penduduk asal
kawasan Tebing Barat kini, iaitu bangsa Kanaan (Canaanite) yang tidak
beriman kepada Allah S.W.T.
Bangsa Kanaan adalah nenek moyang orang
Filistin (Philistine) iaitu asal usul orang Arab Palestin kini. Setelah
berjaya menduduki kawasan Kanaan itu (kawasan yang menjadi negara haram
Israel kini), maka timbullah satu dilema di mana bangsa Israel yang
mempunyai 12 suku (Tribes) ini tiada raja untuk memerintah.
Maka ketika itu seorang pengembala
keldai yang bernama Talut (dalam Injil dipanggil Saul), telah diangkat
menjadi Raja Pertama Israel oleh seorang Nabi (bukan Rasul) yang juga
Kadi (hakim) Israel bernama Samuel.
Bagi menjadikan rakyat Israel taat
kepada Talut yang asalnya seorang pengembala keldai ini, maka Allah
telah kurniakannya PETI TABUT sebagai simbol PENYATUAN dan KEKUASAAN
bagi Talut memerintah bangsa Israel.
Maka terbentuklah Kerajaan Bersatu
(United Monarchy), iaitu sebuah negara dan kerajaan bangsa Israel yang
sah sekitar tahun 1050 sebelum Masihi di kawasan Kanaan itu.
2) Apa yang uniknya PETI TABUT itu?
Mengikut komentar Allahyarham Abdullah
Yusuf Ali (penterjemah Al-Quran ke Bahasa Inggeris yang terkenal), PETI
TABUT atau juga dikenali dalam Bahasa Inggeris sebagai "The Ark of
Covenant" ini diperbuat daripada kayu pokok akasia dan mempunyai
jalur-jalur emas tulen.
Tudungnya yang keemasan itu dikatakan "Takhta Kasih" dari Allah S.W.T.
Ia mengandungi "PERNYATAAN TUHAN", iaitu
Sepuluh Perintah (The Ten Commandments) yang terukir pada tablet-tablet
batu di samping beberapa lagi peninggalan Nabi Musa A.S dan Nabi Harun
A.S.
Ia dipercayai pernah dibawa oleh
malaikat. Ia juga merupakan simbol KEAMANAN dan KETENTERAMAN dari Allah
S.W.T kepada mereka yang beriman.
Namun golongan Yahudi-Zionist percaya
bahawa PETI TABUT ini mengandungi pelbagai lagi rahsia yang merupakan
kunci kepada ilmu-ilmu (mungkin ilmu metafizikal) para Nabi untuk mereka
eksploitasi demi berkuasa di dunia ini sebagai "UMAT YANG TERPILIH".
Oleh sebab itu sehingga kini, adalah
satu impian bagi golongan Yahudi-Zionist ini untuk menemui kembali PETI
TABUT yang telah hilang sejak Jerusalem (Baitulmaqdis) diserang oleh
Empayar Babilonia Baru (Neo Babylonian Empire) pada tahun 586 sebelum
Masihi.
3) Setelah kematian Talut, Kerajaan Bersatu ini diperintah pula oleh Nabi Daud A.S (King David) dan anaknya Nabi Sulaiman A.S (King Solomon).
Nabi Daud A.S diberikan kelebihan untuk
melembutkan besi, kerana itu mengikut sumber Israeliyyat (Sejarah
Israel), Nabi Daud A.S merupakan manusia pertama yang membuat baju
rantai besi (chainmail).
Nabi Daud A.S juga dikurniakan suara
yang merdu sehinggakan pada zaman itu, syariat agama Allah melalui Kitab
Zabur (Psalms) adalah beribadat secara nyanyian. Ketika inilah Nabi
Daud A.S menggunakan simbol Bintang Daud (Star of David) sebagai cop
mohor kerajaannya.
Kini simbol bintang itu telah diambil oleh Zionist&Mason sebagai lambang negara haram Israel mereka.
Nabi Sulaiman A.S pula dikurniakan
pelbagai mukjizat termasuk boleh mengawal angin, burung-burung serta
jin. Kerana kebolehannya untuk berkomunikasi dengan jin, maka Haikal
Sulaiman, juga dipanggil sebagai Istana Nabi Sulaiman atau Kuil Sulaiman
(King Solomon's Temple) telah dibina oleh jin berdasarkan corak binaan
dan teknologi dari alam jin.
Itulah yang menjadi kekaguman golongan
Yahudi-Mason untuk mendapat kekuasaan mengawal alam jin ini seperti yang
pernah dilakukan oleh Nabi Sulaiman A.S, walaupun secara hakikatnya
kebolehan Nabi Sulaiman A.S itu merupakan mukjizat kurniaan Allah S.W.T,
bukannya ilmu sihir yang boleh dipelajari.
4) Golongan Yahudi ini percaya bahawa segala kemahiran dan mukjizat para Nabi mereka dahulu dapat dipelajari dan digunakan oleh mereka yang mengkaji.
Ini kerana segala ilmu-ilmu serta kebolehan-kebolehan luar biasa para Nabi ini dapat menjadikan alam ini dibawah kawalan mereka.
Kebanyakan ilmu-ilmu para Nabi ini berbentuk ilmu metafizikal yang dapat melawan hukum alam yang lazim.
Kecenderungan Yahudi-Mason ini juga
mungkin berasal dari pengalaman bangsa mereka yang pernah berada dibawah
perhambaan oleh bangsa Mesir dan Babilonia yang terkenal dengan
ilmu-ilmu SIHIR yang telah berjaya menundukkan musuh-musuh tamadun
mereka.
Agenda Zionisme ini secara tidak
langsung merupakan manifestasi BALAS DENDAM terhadap manusia lain yang
kononnya selama ini menindas mereka sejak munculnya bangsa mereka ini
dalam sejarah tamadun manusia.
Bangsa Israel (kini golongan Yahudi-Zionist) seolah-olah tidak dapat membezakan antara mukjizat Nabi, karamah dan ilmu sihir.
Mereka anggap semua itu adalah satu
sumber kuasa metafizikal untuk mengawal alam ini dan manusia lainnya.
Mereka menjadi golongan manusia yang angkuh untuk mencapai kekuasaan
kerana percaya bahawa mereka adalah "UMAT YANG TERPILIH" untuk menjadi
tuan di muka bumi ini.
Maklumlah, majoriti Nabi pun berasal
dari bangsa mereka dan bangsa mereka adalah satu-satunya golongan
manusia di atas muka bumi ini yang pernah memakan hidangan dari syurga
iaitu "Manna Was Salwa" dan diberikan beberapa kelebihan berbanding
manusia lain secara fitrahnya.
5) Apa yang terjadi sesudah Nabi Sulaiman A.S meninggal dunia?
Kerajaan Bersatu bangsa Israel ini
berpecah menjadi dua negara yang berasingan akibat perang saudara untuk
merebut takhta Nabi Sulaiman A.S itu.
Di bahagian utara terbentuk Kerajaan
Israel (Kingdom of Israel) yang mengandungi 10 suku bangsa Israel dengan
ibu kotanya di Samaria (Shomron).
Manakala di bahagian selatannya
terbentuk Kerajaan Yehuda (Kingdom of Judah) yang mengandungi 2 suku
bangsa Israel dengan ibu kotanya di Jerusalem, tempat Haikal Sulaiman
itu berada di atas Bukit Zion.
Haikal Sulaiman merupakan tempat
terakhir PETI TABUT ini disimpan sebelum ia dikatakan hilang setelah
Kerajaan Yehuda diserang oleh Raja Nebuchadnezzar II dari Empayar
Babilonia Baru.
Binaan asal Haikal Sulaiman oleh jin itu
telah diruntuhkan dalam serangan tersebut. Dari Kerajaan Yehuda inilah
penduduknya digelar sebagai orang Yehuda atau Judea (oleh orang Rom dan
Yunani) dan akhirnya memunculkan perkataan "Jew" dalam Bahasa Inggeris.
Mereka inilah yang kita panggil YAHUDI pada hari ini, iaitu subset daripada bangsa Israel yang asal.
Tetapi istilah itu telah menjadi
universal sehinggakan sesiapa sahaja yang mempunyai darah dari bangsa
Israel ini akan digelar "Jew" (Yahudi) oleh masyarakat dunia kini.
Sedangkan secara realitinya tidak semua suku dalam bangsa Israel itu
Yahudi dan tidak semua Yahudi adalah pendukung Zionisme @Freemasonry.
6) Ke mana pula perginya 10 suku bangsa Israel dari Kerajaan Israel?
Mereka telah hilang, hilang secara
identitinya apabila Kerajaan Israel itu diserang oleh Empayar Assyria
dari arah utara, dan 10 suku tersebut telah dipindahkan ke arah timur
sebagai tawanan perang hingga ke kawasan Khorasan (kini meliputi Iran,
Afghanistan, Pakistan, Iraq sehingga Kashmir).
Serangan yang meruntuhkan Kerajaan
Israel itu berlaku 134 ratus tahun sebelum Kerajaan Yehuda diserang oleh
Empayar Babilonia Baru.
Oleh itu, dikatakan sisa daripada bangsa
Israel yang masih wujud (secara identitinya) hingga ke hari ini adalah
golongan Yahudi ini tadi yang telah pun menyebar ke serata dunia setelah
berlaku DIASPORA sebaik sahaja Kerajaan Yehuda mereka diserang.
Golongan pendita Yahudi di Haikal
Sulaiman inilah yang membentuk satu golongan agama elit yang akhirnya
telah mencipta kitab Talmud, iaitu kitab tafsiran para pendita terhadap
ajaran Taurat (Torah) yang telah dipesongkan menjadi kitab sihir.
Ajaran Talmud ini meresapi akidah agama
Yahudi sehingga berkembang dengan pesat ketika golongan Yahudi ini
berada di dalam tawanan bangsa Babilonia.
Sebelum itu, telah ada fahaman-fahaman sesat dari golongan Yahudi elit yang menduduki Haikal Sulaiman tersebut sebagai pendita.
Kebanyakan fahaman-fahaman ini bersifat
mistik dan bercampur dengan ilmu-ilmu sihir dari zaman mereka menjadi
hamba di Mesir dahulu.
(Gambar) Impresi pelukis terhadap reka
bentuk Haikal Sulaiman (King Solomon's Temple) yang kini runtuhannya
berada di bawah Masjid Al-Aqsa (Dome of Rock) di sekitar Bukit Zion.
Di sinilah punca kepada segala KEKUASAAN
yang dicari oleh Yahudi-Zionist-Freemason selama ini untuk mendominasi
dunia pada Akhir Zaman.
7) Oleh kerana kesesatan yang berlaku inilah maka kita faham mengapa Allah S.W.T telah menurunkan bala kepada bangsa Israel sehingga hancurnya dua negara serumpun mereka iaitu Kerajaan Yehuda dan Kerajaan Israel.
Dan Allah S.W.T telah mentakdirkan
mereka kehilangan PETI TABUT tersebut yang selama ini merupakan simbol
sahnya "KETUANAN" mereka ke atas tanah bekas bangsa Kanaan ini.
Hilangnya PETI TABUT tersebut merupakan
petanda bahawa bangsa Israel (kini majoriti Yahudi) tidak mempunyai
"HAK" ke atas tanah keturunan bangsa Arab Palestin itu.
Tidak seperti bangsa Kanaan, iaitu nenek
moyang mereka dahulu, bangsa Arab Palestin kini adalah antara golongan
manusia yang beriman kepada keesaan Allah S.W.T (majoriti Muslim dan
Ahli Kitab) dan berhak ke atas tanah mereka tersebut.
Bagi orang Yahudi yang masih beriman
kepada Taurat dan Injil (Gospel) pula, mereka mengakui bahawa hanya
kemunculan Nabi Isa A.S pada Akhir Zaman yang dapat mengembalikan mereka
ke "TANAH YANG DIJANJIKAN" itu bersama manusia-manusia lain yang
beriman.
Pembentukan negara haram Yahudi-Zionist
yang menggunakan istilah ISRAEL itu hanyalah satu muslihat agar
keturunan 10 suku-suku bangsa Israel yang telah hilang bertebaran serata
dunia tersebut akan berasa sentimental dengan nama negara itu yang sama
dengan nama bangsa nenek moyang mereka dan berusaha untuk kembali
bersatu bagi memenuhi kerakyatan negara Israel tersebut, lantas ia akan
memberi tekanan kepada ruang hidup bangsa Arab Palestin di sekitar
sempadan negara haram tersebut.
8) Ini sebagai persediaan untuk membentuk pemerintahan dunia (NEW WORLD ORDER) yang berpusat dari Haikal Sulaiman yang terletak di atas Bukit Zion di Jerusalem dengan segala KEKUASAAN sains dan teknologi serta ilmu-limu metafizikal (ilmu sihir).
Ia adalah sebuah negara yang sedang
bersedia menerima kedatangan Al-Masih Ad-Dajjal (The Anti-Christ) yang
bakal mengetuai Yahudi-Zionist dalam mencengkam dunia Akhir Zaman ini
supaya tunduk kepada kesesatan Iblis (Lucifer).
Oleh kerana itu kerja-kerja pengalian
dan pengorekan sedang giat dilakukan oleh pihak berkuasa negara Israel
di sekitar Masjid Al-Aqsa (Dome of Rock) terutama di bahagian bawah
bukit Zion tersebut yang dikatakan tempat asal Haikal Sulaiman.
Runtuhan Haikal Sulaiman dipercayai mengandungi pelbagai khazanah ilmu (kononnya ilmu mukjizat) para Nabi dari bangsa Israel.
Mereka juga berharap dapat menemui
kembali PETI TABUT, sebagai mengesahkan kependudukan mereka ke atas
tanah bekas bangsa Kanaan (nenek moyang Arab Palestin) ini.
Dengan adanya PETI TABUT tersebut, maka
Yahudi-Zionist-Mason akan dapat menghalalkan rampasan tanah penduduk
Arab Palestin atas nama Tuhan, kononnya seperti ketika Tuhan memberi
"KETUANAN" dan "HAK" melalui PETI TABUT itu kepada Talut untuk
memerintah Kerajaan Bersatu bangsa Israel di tanah yang sama suatu masa
dahulu.
Inilah agenda sebenar Zionisme
Antarabangsa dalam mencorak sejarah, agama, ekonomi, sosial, teknologi,
mentaliti dan juga nilai-nilai kemanusiaan agar menjadi terpesong dan
tunduk kepada mereka di Akhir Zaman.
Sehingga ke hari ini, PETI TABUT yang disahkan asli masih gagal ditemui.
Siapakah Bakal Mengeluarkannya?
Yang akan mengeluarkan tabut itu nanti
ialah Imam kita, Imamul Mahdi Al-Muntazar. Allah akan memberi kurnia
kepadanya untuk mengeluarkan tabut itu dari tempat tersimpannya sebagai
bukti bahawa dia adalah IMAM MAHDI AL-MUNTAZAR.
Apakah Kandungan Tabut?
Peti Tabut mengandungi dua buah batu Loh
yang tertulis 10 wasiat Allah kepada Nabi Musa, sebatang tongkat Nabi
Musa a.s yang digunakan untuk membelah Laut Merah, serban Nabi Harun a.s
dan sedikit makanan yang diturunkan dari langit untuk Nabi Musa a.s dan
pengikutnya ketika mereka tersesat di padang pasir Teh 10 wasiat itu
telah kami siarkan.
Keistimewaan lain Bani Israel percaya
bahawa Peti Tabut mempunyai banyak keistimewaannya. Mereka percaya
bahawa barang siapa yang dapat memiliki Peti Tabut akan mendapat
keberkatan dan pertolongan dari Allah swt. Jika dibawa berperang,ia
boleh memberikan ketenangan, ketenteraman dan semangat serta mampu
mengalahkan musuh.
Kebiadapan Israel Terhadap Tabut
Malangnya, Bani Israel tidak tahu
mensyukuri anugerah yang diberikan itu. Mereka mengingkari segala
perintah Allah s.w.t.. Mereka banyak memalsukan kitab suci mereka.
Mereka juga ingkar dengan ajaran Nabi Samuel.
Pada zaman tersebut, Nabi Samuel
diutuskan oleh Allah untuk menyeru mereka ke jalan kebenaran. Semasa
kecil Nabi Samuel telah dididik dan dibesarkan oleh para alim-ulamak.
Baginda kemudiannya diajar dengan ajaran Nabi Musa dan juga kitab
sucinya iaitu Taurat.
Setelah dewasa dan menjadi utusan Allah,
Nabi Samuel mula berdakwah kepada Bani Israel supaya menyembah Allah
tetapi mereka ingkar. Malah, mereka tidak percaya akan kenabian Nabi
Samuel. Mereka menuduhnya sebagai pendusta. Bani Israel telah
mencabarnya agar menunjukkan bukti kenabiannya. Lalu Allah menarik balik
keistimewaan yang diberikan kepada Bani Israel itu.
DIA menukarkannya dengan memberi
kekuatan dan keberanian kepada orang-orang Filistin (Palestin). Ketika
Filistin berperang dengan Bani Israel, mereka berjaya mengalahkan Bani
Israel. Bani Israel telah diusir dari Jerusalem. Tabut yang menjadi
azimat mereka selama ini telah dirampas. Kemudian sesuatu telah berlaku.
Orang-orang Filistin mendapat bala
kerana menyentuh & mempersendakan tabut tersebut. Tabut Nabi Musa
itu kemudiannya direbut kembali oleh Bani Israel sesudah mereka insaf
dan bertaubat. Tetapi perangai degil mereka itu selalu berterusan.
Seterusnya Bani Israel mempersendakan
perintah Nabi Samuel sebagai pemimpin mereka. Maka Allah telah
menghantar musuh yang lebih besar kepada mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan