BHOPAL - INDIA. Seorang wanita yang membawa tiga orang anaknya dan cebisan kemaluan lelaki ke balai polis semalam bakal disiasat.
Menurut Times of India, wanita tersebut mendakwa beliau dirogol berulang kali oleh abang iparnya.
Wanita berkenaan juga mengaku memotong kemaluan abang iparnya menggunakan sabit.
Polis kemudian menemui mayat abang iparnya tergantung di sebuah pokok berdekatan tempat tinggal wanita terbabit.
Menurut jurucakap polis, wanita berkenaan kini ditahan dan disiasat atas dakwaan cubaan membunuh.
Difahamkan, suami wanita berkenaan dilaporkan bekerja di Nashik yang terletak jauh dari lokasi kejadian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan