Home » » Suspek Tumbuk Maut Pemandu Van Bakal Dihukum Gantung

Suspek Tumbuk Maut Pemandu Van Bakal Dihukum Gantung

Written By canang on Ahad, 7 Februari 2016 | 2/07/2016 12:33:00 PG

Suspek Tumbuk Maut Pemandu Van Bakal Dihukum Gantung|Klang: Suspek berusia 29 tahun yang menumbuk pemandu van di Jalan Sungai Udang, Klang, yang membawa kepada kematian mangsa petang semalam, direman tujuh hari mulai hari ini.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Azman Abdul Razak berkata, suspek lelaki yang juga penduduk tempatan, disiasat mengenai motif tindakannya.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
Dalam kejadian kira-kira 5.45 petang itu, suspek meminta mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Izhharuddin Nordin memberhentikan van kerana tidak berpuas hati mangsa tidak mengambil anak saudaranya di sekolah agama.
Azman berkata, berlaku pertengkaran antara mereka dan suspek yang berada di luar van kemudian menumbuk mangsa beberapa kali sebelum beredar dengan motosikalnya.

Katanya, ibu mangsa pergi ke lokasi kejadian selepas dimaklumkan kakak suspek yang menelefonnya memberitahu mengenai kejadian berkenaan.
“Setiba di lokasi, ahli keluarga mendapati mangsa tidak sedarkan diri dan dipercayai sudah meninggal dunia.
“Suspek berjaya diberkas polis kira-kira sejam selepas menerima maklumat mengenai kes berkenaan,” katanya
Share this article :

5 ulasan:

Unknown berkata...

Kasi hadiah sama dia tali gantung la

Unknown berkata...

Itulah Melayu - bangang , tak kena trempat nak marah. Marahlah orang yang bunuh orang di Syria dan Palestin, pergilah lepas geram disana, jka mati ada juga menafaatnya. Ini tidak, menjerutkan diri ketali gantung dan menyusahkan keluarga simati. Inilah melayu !

testing berkata...

kes ni kat kampung aku , ada dengar2 cite dia ada ' memakai ' sebab tu sampai menninggal ..wallahualam

Unknown berkata...

Bg dia pakai tali gantung pulak lepas ni....

Izah84 berkata...

Dia memang ada memakai.....pakai seluar, Tapi dia tak memakai otak

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger