HAMPIR 15,000 orang yang terlibat sebagai Pengamal Perubatan Tradisional dan Komplementari (PTK) seluruh negara hari ini tampil menyatakan sokongan penuh kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
Ikrar taat setia dan sokongan itu diwakili oleh Majlis Solidariti Gabungan Pengamal Perubatan Tradisional dan Komplementari dengan motto “solidariti membawa rahmat” dalam satu sidang media yang dilakukan di Lembah Klang pada petang Jumaat.
Pengamal PTK di negara ini semakin diterima dan berkembang pesat kerana Malaysia adalah salah satu negara yang kaya dengan biodiversiti tropika yang merupakan sumber semulajadi untuk produk-produk kesihatan yang diiktiraf oleh kerajaan. – Tv14
2 ulasan:
Buta ka mata depa ni...
Rakyat kebanyakkan tak suka..depa ni pulak nak tunjuk sokong...bengong2
Jika gitu ajak najib umum pilihanraya serta merta. Jika najib tak berani minta semua bomoh ini makan telur sendiri.
Catat Ulasan