PETALING JAYA: “Kalau belum berkahwin, jangan pandai-pandai sentuh isu talak,” nasihat Datuk Seri Ahmad Said kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.
Ahmad menjawab kecaman Azalina kepada dirinya dan mendakwa bekas
bekas Menteri Besar Terengganu itu ‘gila talak’ kerana mengemukakan usul
undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad
Razif Abdul Rahman.
“Jangan cakap soal talak. Dia (Azalina) belum kahwin, dia tak tahu talak itu apa. Talak ini hak lelaki bukan perempuan,” kata Ahmad kepada FMT.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal itu menegaskan, beliau
mengemukakan usul itu demi kepentingan rakyat Terengganu, bukan untuk
menjadi Menteri Besar.
“Nasihat saya, kalau tidak tahu apa-apa mengenai politik Terengganu, jangan komen bodoh,” katanya bagi menjawab tuduhan Azalina bahawa Ahmad akan melakukan apa sahaja untuk menjadi Menteri Besar semula. - freemalaysiatoday
Tiada ulasan:
Catat Ulasan