GUA MUSANG : Menteri
Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri sewajarnya
insaf dan meletakkan jawatannya kerana telah menghina intelek rakyat
Malaysia, terutamanya selepas Pejabat Perdana Menteri terpaksa
mempertahankannya.
Dalam satu perkongsian di laman Facebook
rasminya, Ismail dengan jelas menulis “…selagi melayu tdk berubah..
selagi itu lah cina ambil kesempatan untuk tindas melayu.”
Beliau sebelum itu menulis bahawa,
“..majoriti pengguna adalah melayu, cina adalah minoriti.. kalau melayu
boikot perniagaan mrk, mrk tentu tiada pilihan utk turunkan harga”.
Pejabat Perdana Menteri petang semalam
mengeluarkan kenyataan membela pendirian Ismail, dan mendakwa bahawa
perkongsian Facebook beliau ditujukan kepada semua peniaga, dan bukan
peniaga dari kalangan kaum tertentu.
“Adakah Pejabat Perdana Menteri dan
Ismail sendiri merasakan rakyat tidak tahu membaca?” ujar aktivis DAP
Young Syefura Othman ketika dihubungi Roketkini.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Rara,
menggesa Ismail untuk segera memohon maaf di atas keceluparannya dan
mengakui kesilapan serta segera meletakkan jawatan.
“Amat memalukan apabila seorang menteri
terpaksa meminta nyawa daripada Perdana Menteri setelah berbuat
kesilapan dan terlalu ego untuk mengakui kesilapannya,” tambah beliau
yang baru sahaja dipertanggungjawabkan menyusun gerak kerja DAP sebagai
sebahagian daripada rakan kongsi Gabungan Impian Kelantan baru-baru ini.
“Kita faham apa mesej yang cuba menteri
Umno ini sampaikan. Kita boleh baca tulisannya di Facebook. Ini bukan
soal ‘misquote’ atau tidak faham konteks,
“Ismail Sabri patut malu apabila orang
lain turut terheret bermain sentimen perkauman lantaran kecuaiannya.
Kita semua tahu isu harga barang naik bukan isu kaum,” tambah beliau.
Menurutnya lagi, Ismail dan juga
pemimpin Umno yang menyokongnya kelihatan cuba menggagalkan agenda
moderat yang cuba dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan
terus mencetuskan ketegangan dan kebencian kaum.
“Menteri Umno dan politik perkauman memang tak boleh dipisahkan,” tambah Rara lagi.
Dalam perkongsian Facebook yang sama,
Ismail juga mendakwa Ahli Parlimen DAP Beruas Ngeh Koo Ham sebagai
seorang yang ‘anti-Islam’ dan dikatakan pemilik Old Town White Coffee,
yang diragui status halalnya.
Ngeh telah pun menggesa Ismail menarik balik dakwaan tersebut atau berhadapan tindakan undang-undang.
-Roketkini
1 ulasan:
PRU 14 jauh lagi. Apa pendirian anda mengenai isu DS Najib. Undi di sini saja buat masa ni...
https://www.change.org/petitions#most-recent
as at 12.30 : 6/3/2106
Syed Rosli Jamalullail : Petisen menyokong penuh kepimpinan YAB PM Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia - 15 supporters
Gerakan Rakyat: Gerakan Rakyat: UndurNajib/NajibMustGO - 33 supporters
Prime Minister Dato' Seri Najib Razak: Quit - 15,801 supporters
Catat Ulasan