Home » » Rafizi cabar Ahmad Nazim saman jika tuduhannya salah

Rafizi cabar Ahmad Nazim saman jika tuduhannya salah

Written By canang on Ahad, 27 Mac 2016 | 3/27/2016 04:29:00 PTG


 Rafizi menegaskan nama Ahmad Nazim dinyatakan dalam dokumen yang dikeluarkan mahkamah di Australia yang didakwa terlibat dalam pembelian aset oleh MARA
 KUALA LUMPUR: Rafizi Ramli mencabar Ketua Pegawai Eksekutif Pelaburan MARA Berhad (PMB), Ahmad Nazim Abdul Rahman menyamannya jika beliau melakukan menuduh pegawai tinggi MARA itu terlibat rasuah.
Rafizi menuduh Ahmad Nazim terlibat dalam syarikat yang membabitkan transaksi pembelian Dudley House oleh MARA di Australia.
Naib Presiden PKR membuat dakwaan itu berdasarkan dokumen yang dikeluarkan mahkamah di Australia yang menyebut nama Ahmad Nazim.
Dokumen itu menyebut Ahmad Nazim merupakan individu yang bertanggungjawab terhadap dana MARA dan namanya turut dikaitkan dengan pembelian sebuah lagi bangunan yang dikatakan RM14 juta lebih mahal daripada harga pasaran.
Semalam, Ahmad Nazim membuat laporan terhadap Rafizi dan juga National Oversight & Whistleblower (NOW).
Dalam laporan polis itu, Ahmad Nazim menyatakan, kenyataan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Pandan itu telah memalukan dirinya sekaligus menjejaskan reputasinya sebagai kakitangan MARA.
Menurut Ahmad Nazim lagi, beliau tidak terlibat dalam sebarang keputusan yang dibuat oleh MARA, selain menambah akan melantik seorang peguam untuk memfailkan tindakan undang-undang.
Rafizi berkata, dokumen yang dikeluarkan oleh mahkamah di Australia jelas menyatakan Ahmad Nazim terlibat.
“MARA seharusnya mengambil tindakan terhadap Ahmad Nazim kerana dokumen itu jelas menunjukkan bahawa beliau terlibat dalam transaksi berkenaan.
“Saya sudah menunjukkan dokumen mahkamah yang sangat spesifik. Jika saya bersalah, beliau seharusnya menyangkal perkara ini, tetapi sebaliknya dia tidak mahu memberikan sebarang komen dan terus membuat laporan polis.
“Jika saya menunjukkan dokumen palsu, dia (Ahmad Nazim) patut saman saya,” ujar Rafizi ketika ditemui di Parlimen, hari ini.
Isu ini menjadi perbualan hangat apabila akhbar Australia, TheAge mendakwa beberapa pegawai tertinggi MARA dan bekas ahli politik telah membelanjakan jutaan ringgit dana kerajaan untuk membeli sebuah apartment di Melbourne, melalui anak syarikat MARA.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger