Assalamualaikum semua, sebenarnya mungkin ramai dah
tahu tentang kisah ni, kisah dah agak lama, tapi ada baiknya kalau kita
baca kembali untuk buat renungan bersama…
Namun, ramai yang tak tahu kisah benar bagaimana
halangan dan susah payah meroboh struktur yang di bina Ayah Pin. Cerita
aneh banyak berlaku sehingga gagal memusnahkannya. Ikuti penglibatan Hj
Lokman dan Ahli Tahfiz dalam memusnah Jin yang menjaga Binaan Ayah Pin.
Antara bangunan dan struktur yang dibina di kawasan
seluas 6 ekar di Hulu Besut termasuk cerek gergasi, pasu, payung seperti
Grand Stand F1, bulan sabit, telaga, rumah bulat, rumah nasyid, dewan
perhimpunan, wakaf, replica kapal bahtera nabi noh, jambatan, sebuah
makam Mohamad Ya dan sebagainya. Ada yang memaklumkan kos pembinaan
struktur dan bangunan ini melebehi RM5 juta. Mengikut laporan, Kerajaan
Langit telah bertapak di tempat ini sejak pertengahan tahun 1980an
tetapi pada hakikatnya kumpulan ini wujud di negara ini sejak tahun
1970an lagi.
Anggaran jumlah pengikut-pengikut ajaran sesat ini
ditaksirkan sebanyak 23 ribu pengikut dari dalam dan luar
negara.Struktur yang dibina di kawasan seluas 6 ekar di Hulu
Besut.Selepas bertahun-tahun bergiat dengan ajarannya di Malaysia,
akhirnya ajaran yang memesongkan orang ramai itu telah dihidu oleh pihak
berkuasa. Akhirnya pengikut-pengikut Ayah Pin telah ditahan dan disoal
siasat serta didakwa di makhamah. Ayah Pin telah menghilangkan diri dari
pihak berkuasa sehingga hari ini dan ada yang mengatakan dia
bersembunyi di Selatan Thailand. Kawasan Kerajan Langit di Besut itu
turut dimusnahkan pada bulan Ogos 2005. Di sini saya ingin menceritakan
penglibatan saya dalam permusnahan kawasan Kerajaan Langit di Besut itu.
Terlebih dahulu saya ingin menceritakan sejarah
Perubatan Syifa Al-Hidayah di negeri Terengganu. Sejak tahun 2003, saya
telah mula mengunjungi ke Kuala Terengganu sekali sebulan untuk mengubat
pesakit-pesakit dari Pantai Timur. Sahabat saya Ustdz Mohd Shukri Ali
yang bertugas sebagai Pegawai Ugama di Istana Terengganu adalah orang
yang bertanggung-jawab membawa saya ke Terengganu.
Dahulu semasa saya mula-mula berubat di Kuala
Terengganu, saya berubat di kediaman Ustadz Mohd Shukri yang pada masa
itu menetap di kuarters istana berhampiran dengan pantai Batu Buruk.
Pada suatu pagi Sabtu pada penghujung bulan July 2005, Mufti Terengganu
kebetulan dia sahabat kepada Ustadz Mohd Shukri, berjumpa saya di
kediaman Ustadz Shukri. Dia mohon pertolongan dari saya agar dapat
membersihkan benda-benda ghaib yang menjaga tempat kawasan Kerajaan
Langit di Besut.
Mengikut katanya sudah banyak kali jentera-jentera dan
kakitangan Jabatan Kerjaya hendak masuk ke kawasan itu untuk merobohkan
struktur-stuktur dan bangunan-bangunan di tempat itu tetapi mereka
menemui pelbagai halangan yang pelik-pelik.
Saya pada masa itu tidak tahu sangat perihal Kerajaan
Langit ini tetapi kerana desakan Ustadz Mohd Shukri saya bersetuju
dengan syarat saya diiringi oleh 7 orang tafiz. Permohonan saya untuk
mendapat tafiz tidak menjadi masalah dan dalam beberapa jam sahaja,
Mufti Terengganu dapat mengumpul 7 orang tafiz diiringi dengan 3 orang
Ustadz iaitu tenaga pengajar mereka.
Kami berkumpul selepas waktu asar di sebuah surau di
Kuala Terengganu dan saya memberitahu mereka surah-surah yang perlu
dibaca semasa di sana dan juga memberi taklimat apa yang mereka harus
lakukan apabila tiba di sana nanti. Saya juga “scan” setiap tafiz dan
tenaga pengajar yang akan mengiringi saya untuk memastikan tidak ada
yang lemah semangat atau bermasalah.
Selepas solat magrib dan selepas makan malam nasi
bungkus, kami bertolak ke Besut menaiki bas Jabatan Hal Ehwal Agama
Terengganu (JHEAT). Selalunya perjalanan dari Kuala Terengganu ke Besut
mengambil masa 2 jam sahaja. Rupa-rupanya Raja iblis iaitu sahabat Ayah
Pin telah tahu tentang perancangan kami dan mereka pun membuat persiapan
juga untuk menghalang kami tiba di tempat itu.
Kira-kira dalam 50 km dari kawasan itu, terdapat
sekatan jalan atau “road block” bukan oleh pihak polis atau JPJ tapi
road block oleh kuncu-kuncu jin dan iblis Ayah Pin. Bas yang kami
menaiki terpaksa berhenti dan patah balik untuk mencari jalan
alternative yang lain. Sekiranya kami tidak menghiraukan sekatan jalan
itu, jin-jin itu berupaya untuk menganiayakan kami dengan berlakunya
kemalangan-kemalangan yang mereka boleh lakukan. Ada suatu ketika bas
yang kami naik diserang oleh jin-jin Ayah Pin dan saya bernasib baik
membawa bersama adek-adek tafiz ini yang sungguh bersemangat membaca
ayat-ayat Al-Quran dan bersama dengan pertolongan dari Allah swt,
menolong saya melawan jin-jin tersebut. Kami terpaksa mengambil jalan
yang jauh untuk sampai ke Besut.
Kami sampai di Besut dalam jam 2 pagi. Kami mengambil
masa lebih dari 6 jam untuk sampai ke Besut bandingkan dengan perjalanan
yang biasa nya makan masa 2 jam untuk sampai ke sana. Bila sampai di
kawasan itu, saya terperanjat melihat betapa ramainya polis-polis dari
Bukit Aman dan Kuala Terengganu menjaga keselamatan dan membuat
pemantauan di kawasan itu. Bila sampai di tempat itu, saya rasa agak
pelik melihat cerik besar, pasu besar, bahtera kapal nabi noh dan
lain-lain struktur. Walau pun tempat itu tidak ada lampu sebab bekalan
elektrik telah lama diputuskan oleh pihak berkuasa, kami disinari oleh
cahaya bulan mengambang pada malam itu.
Setelah membuat tinjauan atau “quick survey” di kawasan
itu, saya mendapati ada beratus ekor jin dan iblis dalam kawasan itu.
Tetapi yang ketara sangat ialah 12 ekor jin yang mewaklili beberapa
agama-agama di dalam dunia ini. Jin-jin ini lah yang telah membantu Ayah
Pin mendirikan ajaran agama sesat Kerajaan Langit ini.
Saya memilih dewan perhimpunan yang masih tersergam
disitu untuk bertempur dengan 12 ekor jin itu. Saya mengarahkan semua
tafiz-tafiz yang mengiringi saya untuk masuk ke dalam dewan itu. Untuk
pengetahuan semua, ada golongan orang yang cuba membakar dewan
perhimpunan itu dua atau tiga hari sebelum itu dan terdapat banyak
serpihan-serpihan kaca di lantai dewan itu. Dengan bercahayakan bulan
yang mengambang pada malam itu dan lampu suloh dari pihak polis, kami
membaca surah-surah Al-Quran. Satu demi satu jin saya bertempur sehingga
jubah saya basah kuyup dengan peluh badan. Hampir 3 jam saya bertempur
sehingga saya berguling-guling di atas lantai dewan itu.
Dengan keizinan Allah swt dan pertolongan dari Nya, dan
dibantu dengan laungan dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dari
adik-adik tafiz yang ada dengan saya pada malam itu, saya dapat
mengalahkan kesemua jin-jin Ayah Pin kecuali se-ekor jin yang dapat
melarikan diri. Selepas itu saya mengarahkan beratus-ratus jin-jin yang
berada di sekitar kawasan itu berpindah atau pergi dari kawasan itu.
Masa itu sudah hampir waktu subuh. Kami semua bersiap
sedia untuk berjemaah subuh. Saya menyuruh seorang dari adek tafiz
melaungkan azan subuh. Pada pagi itu, pertama kali dalam 25 tahun azan
subuh berkumandang di tempat itu. Syukur Alahamdulilah pada Allah swt.
Menitis air mata saya bila terdengar azan subuh di kawasan itu dan
berakhirlah kekuasaan jin-jin Ayah Pin di tempat itu. Selepas
mengerjakan solat, saya sujud bersyukur pada Allah swt kerana memberi
saya hidayah dan kekuatan menangani jin-jin tersebut.
Selepas matahari terbit kami semua bersiap sedia untuk
pulang ke Kuala Terengganu. Perjalanan balik ke Kuala Terengganu aman
tanpa sekatan road block atau apa-apa halangan. Kami diberitahu tepat
jam 8 pagi, pihak JKR datang dengan jentera-jenteranya merobokan semua
struktur-struktur dan bangunan-bangunan di kawasan itu.
Pada hari Isnin, 2 August 2005 tersebar meluas cerita
di dalam setiap akbar di negara ini mengenai kawasan pentadbiran
Kerajaan Langit telah dirobohkan dan dimusnahkan. Tetapi apa yang
berlaku pada malam sebelum kawasan itu dirobohkan tidak ramai yang tahu
cerita sebenarnya sampai lah hari ini saya memilih untuk memberitahu
kejadian sebenar yang berlaku. Terima kasih Allah kerana atas
pertolongan Mu kami berjaya menumpas ajaran sesat yang sudah lama
berleluasa di negara ini. Amin Ya Rabbal Alamin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan